PENTING!!! PANDUAN BILA BERHADAPAN DENGAN POLIS

Gambar sekadar hiasan

KETAHUILAH HAK KITA APABILA DIBERHENTIKAN ATAU DITAHAN POLIS


1. APABILA DIBERHENTIKAN POLIS


1.1 Jika mereka TIDAK MEMAKAI UNIFORM POLIS - Minta Pengenalan Diri Mereka
Jika beliau tidak berpakaian seragam, minta beliau tunjukkan
pengenalan diri. Katakan; “Sila tunjukkan Kad Kuasa Polis anda.”

1.2 JENIS DAN WARNA KAD KUASA POLIS
Warna MERAH : Pegawai Polis yang digantung tugas. Beliau tiada
kuasa untuk melakukan apa-apa terhadap anda.
Anda BOLEH TINGGALKAN MEREKA DAN JANGAN DILAYAN.

KAD KAD KUASA POLIS LAIN :
• BIRU : Berpangkat Inspektor dan ke atas.
• KUNING : Anggota lain-lain pangkat dari Konstable lebih rendah daripada Inspektor.
• PUTIH : Polis Simpanan
Ambil perhatian nama dan nombor Kad Kuasanya.

1.3 JIKA POLIS BERUNIFORM
AMBIL DAN REKOD nama dan nombor ID pada pakaian seragamnya.

1.4 JIKA MEREKA MENAIKI KERETA/MOTOSIKAL PERONDA POLIS
AMBIL DAN REKOD nombor pendaftaran kereta atau motosikal peronda berkenaan.


2. JIKA POLIS MENYOAL SIASAT ANDA SEMASA DIBERHENTIKAN

2.1 HANYA BERI PengenaIan Diri
Hanya berikan nama, nombor kad pengenalan dan alamat anda.

2.2 JIKA Polis bertanyakan soalan-soalan lain selain pengenalan diri
Tanya dengan SOPAN DAN BERBUDI BAHASA , "Adakah saya sedang ditangkap?"

2.3 ADAKAH ANDA SEDANG DITANGKAP?
Anda sedang ditangkap jika Polis:
• menjawab "ya" setelah ditanya soalan tadi;
• tidak membenarkan anda berlalu/mahu membawa anda ke
Balai Polis; atau
• menggari anda.
Jika anda TIDAK DITANGKAP, anda boleh berlalu/menolak untuk
mengikutnya ke Balai Polis atau ke mana sahaja, jika diminta.

2.4 BILAKAH KEADAAN ANDA TIDAK BOLEH DITANGKAP
Polis tidak boleh menangkap anda semata-mata kerana anda
berpotensi sebagai saksi dan mereka mahu mengambil pernyataan
daripada anda (Pernyataan Seksyen 112/Saksi).

3. SOAL SIASAT OLEH PIHAK POLIS TANPA TANGKAPAN

3.1 Pernyataan Seksyen 112
Semasa pihak Polis sedang menjalankan siasatan berhubung sesuatu kes dan berpendapat anda mempunyai maklumat/pengetahuan tentang kes tersebut, pihak Polis boleh menyoal siasat anda dan mencatat semua jawapan anda (Pernyataan 112).

3.2 Permintaan Rasmi / Tidak Rasmi Untuk Buat Kenyataan
Kebiasaannya, Polis membuat permintaan tidak rasmi supaya anda memberikan Pernyataan 112. Jika tempat dan masa sesuai bagi anda,
anda boleh bekerjasama. Jika tidak, beritahu Polis anda akan
bekerjasama di tempat dan pada masa yang sesuai. Jika anda menolak
untuk bekerjasama, Polis boleh mengeluarkan arahan rasmi secara bertulis, ditandatangani oleh seorang Pegawai Penyiasat (Pegawai Polis)
mengkehendaki anda untuk bekerjasama. Jika anda tidak mematuhi Arahan Polis tersebut, anda tidak boleh ditangkap. Walau
bagaimanapun, ia adalah satu kesalahan dan pihak Polis boleh memohon kepada Mahkamah untuk mengeluarkan satu waran terhadap Anda mendesak anda supaya bekerjasama.

3.3 Membuat Pernyataan 112
Semasa membuat Pernyataan 112, anda BOLEH MENOLAK untuk
menjawab mana-mana soalan ATAU BERDIAM DIRI jika jawapannya mungkin mendedahkan anda kepada kesalahan jenayah.
• Bawa bersama anda buku catatan atau kertas tulis (Nota Peribadi).
• Catatkan dalam Nota Peribadi anda semua soalan yang ditanyakan.
• Pastikan bahawa anda faham setiap soalan yang ditanyakan.
• Ambil masa anda dan fikir dengan teliti sebelum menulis jawapan di
dalam Nota Peribadi anda.
• Bacakan jawapan anda kepada Pegawai Polis yang menyoal anda.
• Simpan Nota Peribadi anda sebagai rujukan di masa hadapan.

3.4 Menandatangani Pernyataan 112 anda
Sebelum menandatangani Pernyataan anda, BACA DENGAN TELITI semua soalan dan jawapan anda yang ditulis oleh Pegawai Polis yang berkenaan.
• BANDINGKAN Pernyataan yang anda akan tandatangani dengan Nota
Peribadi anda.
• Anda BERHAK MEMBUAT PEMBETULAN ATAU PINDAAN ke atas Pernyataan
tersebut sebelum ditandatangani.
• TURUNKAN TANDA TANGAN betul-betul di bawah ayat terakhir
Pernyataan anda DAN INITIAL SETIAP MUKASURAT.

4. JIKA POLIS MENANGKAP ANDA

4.1 Tanya: "Mengapa saya ditangkap?"
Sesuatu tangkapan menjadi TIDAK SAH jika anda TIDAK diberitahu alasan tangkapan.

4.2 Jangan melawan semasa ditangkap
Polis mempunyai hak untuk menggunakan kekerasan yang munasabah semasa menangkap anda jika anda melawan.

4.3 Tanya: "Balai Polis ke manakah saya akan dibawa?"
Pegawai Polis yang menjalankan tangkapan mestilah dengan segera membawa anda ke Balai Polis yang berdekatan dan bukan sebaliknya (TIDAK BOLEH BAWA JUMPA SULTAN ATAU TUNKU MAHKOTA).

4.4 Apa yang perlu anda lakukan apabila ditangkap
Anda MEMPUNYAI HAK untuk membuat SATU panggilan telefon kepada:
1. Keluarga atau rakan; dan/atau
2. Seorang peguam.
Anda juga boleh menghubungi Pusat Bantuan Guaman .
Maklumkan kepada mereka:
• yang anda telah ditangkap;
• masa, tempat dan alasan ditangkap;
• Balai Polis di mana anda dibawa.

4.5 Apa yang akan berlaku selepas ditangkap
Anda BOLEH DITAHAN sehingga 24 jam:
• Di Balai Polis, atau
• Di dalam lokap untuk "membantu" penyiasatan Polis.

5. HAK ANDA SELEPAS DITANGKAP DAN SEMASA DALAM TAHANAN

5.1 Hak untuk berunding dengan seorang peguam
Sebaik sahaja anda meminta kehadiran seorang peguam, anda
mempunyai hak untuk berunding dengan peguam berkenaan di Balai
Polis. Pihak Polis mestilah memberikan kemudahan-kemudahan yang munasabah dan masa yang munasabah untuk anda berjumpa dan berbincang dengan peguam berkenaan. Pihak Polis bagaimanapun
boleh menafikan hak ini, jika kelengahan dalam menyoalsiasat anda boleh menyebabkan berlakunya jenayah lain atau menyebabkan
bahaya kepada pihak lain.

5.2 PAKAIAN
Anda dibenarkan mempunyai satu set pakaian bersama anda
semasa di dalam lokap.

5.3 BARANGAN MILIK PRIBADI
Pihak Polis mestilah merekodkan semua barangan peribadi anda dan meletakkannya dalam simpanan selamat. Barangan peribadi anda mesti dipulangkan kepada anda sebaik sahaja dibebaskan.

5.4 KEBAJIKAN ANDA
Anda dibenarkan mandi DUA kali sehari. Jika anda jatuh sakit, anda BERHAK mendapat RAWATAN PERUBATAN dengan serta-merta. Anda SEPATUTNYA diberikan makanan dan minuman yang wajar dan
secukupnya semasa dalam tahanan.

5.5 BERAPA LAMAKAH pihak Polis boleh menahan anda
Pihak Polis HANYA boleh menahan anda sehingga 24 jam untuk siasatan. Tugas Polis adalah untuk menyelesaikan penyiasatan dalam masa 24 jam dan MELEPASKAN anda dengan SEGERA.
Jika pihak Polis TIDAK DAPAT menyelesaikan penyiasatan dalam tempoh 24 jam,
Polis mesti membawa anda ke hadapan seorang Majistret untuk mendapatkan PERINTAH REMAN untuk memanjangkan tempoh penahanan anda melebihi 24 jam (Perintah Reman).

6. PERINTAH REMAN OLEH MAJISTRET SELEPAS 24 JAM

6.1 Siapakah Majistret
Majistret ialah seorang Pegawai Kehakiman yang mempunyai kuasa untuk membuat Perintah Reman bagi menahan anda lebih daripada 24 jam.

6.2 Tujuan Perintah Reman
Untuk memberi lebih masa kepada Polis untuk melengkapkan
penyiasatan dan memutuskan sama ada terdapat bukti untuk
mendakwa anda atas satu-satu kesalahan. Pihak Polis TIDAK BOLEH memohon Perintah Reman hanya untuk mengambil Pernyataan daripada anda.

6.3 BERAPA LAMAKAH Perintah Reman
Apabila pihak Polis membawa anda ke hadapan seorang Majistret untuk memohon Perintah Reman, pihak Polis perlu memberikan alasan kepada Majistret mengapa anda perlu ditahan melebihi 24 jam.Tugas Majistret adalah untuk menimbangkan secara berhati-hati alasan-alasan yang diberikan oleh pihak Polis.Majistret berkenaan mempunyai budi bicara
:• untuk tidak membenarkan Perintah Reman dan seterusnyamelepaskan anda; atau• membenarkan Perintah Reman untuk satu tempoh yang lebih pendek daripada yang dipohon oleh pihak Polis.Seorang Majistret mempunyai kuasa untuk membenarkan Perintah Reman tidak melebihi 4 hari atau 7 hari bergantung kepada jeniskesalahan yang sedang disiasat.
Pihak Polis boleh memohon Perintah Reman kedua selepas tamatnyaPerintah Reman pertama.
Majistret boleh membenarkan PerintahReman kedua untuk tempoh tidak melebihi 3 hari atau 7 hari bergantung kepada jenis kesalahan yang sedang disiasat.

6.4 Apa yang perlu anda katakan ketika anda dibawa di hadapanseorang Majistret untuk proses remanMaklumkan kepada Majistret:
• anda mahu diwakili oleh seorang peguam dan anda mahumenghubungi peguam, pusat bantuan guaman dan keluarga anda
;• jika anda mahukan rawatan perubatan kerana anda sakit atautelah dipukul;
• jika pihak Polis telah mengugut atau memukul anda semasadalam tahanan
;• jika anda telah tidak diberikan makanan/minuman/pakaian atauperubatan yang wajar dan mencukupi semasa dalam tahanan;
• sama ada pernah ditahan sebaik sebelum penahanan terkini anda;
• sama ada pihak Polis telah menjalankan apa-apa penyiasatansemasa anda dalam tahanan.

6.5 Mohon supaya Majistret memberikan Perintah Reman yang singkat . Sebelum Majistret berkenaan membuat Perintah Reman, MOHON tempoh reman yang lebih singkat daripada yang dipohon oleh pihakPolis. Beri ALASAN (sebagai contohnya: "saya akan bekerjasama dengan Polis dalam siasatan mereka", "saya boleh dihubungi bila-bilamasa dan tidak akan melarikan diri" dll).

7. PEMERIKSAAN BADAN TANPA TANGKAPAN

7.1 Bilakah ianya boleh dilakukan
Jika anda berada di satu-satu tempat (contohnya: disko/karaoke/
pusat-pusat hiburan) di mana Polis menjalankan serbuan untuk
mencari sesuatu (contohnya: dadah), pihak Polis boleh menahan dan
memeriksa anda jika mereka berpendapat anda mempunyai atau
sedang menyembunyikan barang yang sedang dicari itu.
Ini hanya boleh dilakukan DENGAN KEHADIRAN seorang Pegawai Polis BERPANGKATInspektor dan ke atas.

7.2 Apa yang perlu dilakukan
• Jangan benarkan Pegawai Polis berkenaan memasukkan tangannya
ke dalam pakaian anda atau kocek/saku anda.
• Jika anda diminta untuk mengeluarkan barangan peribadi anda satu
persatu, setiap kali sebut "dompet", "kunci", "Kad Pengenalan" dll.
• Apabila kocek/saku/beg anda telah dikosongkan, terbalikkan kocek/
saku/beg anda.

7.3 Hak-hak anda
• Semua pemeriksaan badan mestilah dijalankan secara profesional
dan sopan.
• Seorang wanita hanya boleh diperiksa badannya oleh seorang
Pegawai Polis wanita.
• Jika anda dipaksa/diugut untuk berbogel:
1. Bantah;
2. Ingat nama Pegawai Polis tersebut; dan
3. Buat laporan Polis selepas insiden tersebut.

8. PEMERIKSAAN BADAN SELEPAS TANGKAPAN BERLAKU

8.1 Bila Polis boleh berbuat demikian
• Polis secara munasabah mengesyaki bahawa anda mempunyai
bukti/keterangan berhubung kesalahan yang disyaki.
• Anda ditangkap.
• Pemeriksaan badan mestilah dijalankan di tempat tertutup. Anda
mempunyai hak untuk diperiksa badan di tempat tertutup.

8.2 Jenis-jenis Pemeriksaan Badan
Undang-undang membenarkan Polis melakukan 4 jenis
pemeriksaan badan:-
1. Pemeriksaan secara menepuk badan dari atas ke bawah
- pemeriksaan pakaian luaran.
2. Pemeriksaan tanpa pakaian - untuk mencari bukti, objek, barang
terlarang atau senjata. Hanya boleh dijalankan dengan kebenaran
seorang pegawai berpangkat Inspektor dan ke atas.
3. Pemeriksaan sulit - selain daripada mencari di dalam mulut, hidung dan telinga. Hanya boleh dijalankan dengan kebenaran pegawai berpangkat Penolong Penguasa (ASP) dan ke atas.
4. Pemeriksaan dalaman - untuk menentukan kewujudan objek-objek dll. di dalam badan. Hanya boleh dijalankan dengan kebenaran
Ketua Polis Daerah (OCPD). Hendaklah dijalankan oleh seorang
Pegawai Perubatan atau Pegawai Perubatan Kerajaan.

8.3 HAKANDA
• Semua pemeriksaan badan mesti dijalankan secara profesional dan
sopan.
• Anda dinasihatkan supaya meminta ditemani oleh Peguam anda
semasa pemeriksaan dilakukan.
• Seorang wanita hanya boleh diperiksa badannya oleh seorang Pegawai Polis wanita.

9. SOAL-SIASAT OLEH POLIS SELEPAS DITANGKAP

9.1 Kenal pasti Pegawai Polis yang menyoal siasat anda
Ambil perhatian nama/pangkat Pegawai Polis yang menyoal siasat anda.

9.2 Hak anda untuk berdiam diri
Polis lazimnya akan beramah mesra terlebih dahulu (contohnya: bertanyakan tentang keluarga dan rakan-rakan anda dll.) Anda hanya perlu memberikan nama penuh, umur, alamat dan pekerjaan anda
(Maklumat-Maklumat Peribadi). Selain Maklumat-Maklumat Peribadi,
anda berhak memilih untuk berdiam diri. Anda harus bersopan. Anda TIDAL PER;U TAKUT untuk BERDIAM DIRI. Ini adalah hak anda. Jika anda memilih untuk berdiam diri, katakan, "Saya ingin menggunakan hak
saya untuk berdiam diri."

9.3 Pernyataan 112 anda semasa dalam penyiasatan
Pihak Polis akan bertanyakan soalan-soalan kepada anda dan
kemudian mencatatkan semua jawapan anda. Polis tidak boleh mengugut atau memaksa anda untuk memberi Pernyataan.
Jika anda diugut, dipukul atau dipaksa, buat satu laporan Polis terhadap
Pegawai Polis berkenaan dengan segera. Ini adalah hak anda.

9.4 Pernyataan 112 tidak boleh digunakan sebagai keterangan/bukti
Secara amnya, apa jua Pernyataan yang anda buat kepada Polis semasa soal-siasat tidak boleh digunakan sebagai keterangan/bukt
i KECUALI jika anda dituduh atas kesalahan-kesalahan di bawah,
sebagai contoh, Akta Dadah Berbahaya, Akta Culik dan Akta
Keselamatan Dalam Negeri. Walau bagaimanapun anda boleh
menggunakan Pernyataan anda untuk menyokong pembelaan anda semasa perbicaraan.

KAMAL HISHAM AND ASSOCIATES
www.peguamkamalmenulis.blogspot.jp


Klik share untuk berkongsi di wall facebook anda


JomNiaga - RM2 PPL Setiap Pendaftaran Baru
Mesin Komisen 
Teknik Ninja Affiliate Jana Komisen $2,119 Cara Autopilot 
Panduan Pembenihan & Penternakan Ikan Keli 
Anak Pintar Cerdas 
Tips Rumahtangga Bahagia 
Jom Berhenti Merokok 
Teknik Mendidik Anak 
Rahsia Anak Soleh 
Panduan Mudah Belajar Bahasa Arab 
Aplikasi Mania - Kuasa Viral Aplikasi FB

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...