[VIDEO] GEMPAR!! KUTUB MENYONGSANG TANDA KIAMAT??


KEBANYAKAN media sosial dan blogger kini sibuk memperkatakan fenomena pelik yang berlaku di seluruh dunia dan didakwa sebagai tanda awal kiamat.

Negara beriklim tropika dan panas mula menerima kesan akibat perubahan cuaca mendadak pada tahun ini dan sebahagian kawasan seperti Mesir serta Vietnam turut dilitupi salji tebal.

Perubahan magnet pada kerak bumi menyebabkan Kutub Utara bergerak dengan lebih cepat ke arah Siberia untuk berada pada kedudukan 40 darjah.

Beberapa kajian mendapati pergerakan itu berlaku semakin laju iaitu pada jarak 42 km sebulan dan dianggarkan berganjak sebanyak 2 km sehari pada 2013.

Ia merentasi garisan Khatulistiwa untuk berada pada kedudukan 40 darjah di selatan.

Jika keadaan itu berlaku, seluruh permukaan bumi berkemungkinan akan berubah seperti dipaparkan dalam filem sains fiksyen berjudul '2012'.

Paling memeranjatkan, kawasan Amerika Selatan terutamanya Brazil didakwa akan menjadi Kutub Utara manakala India menjadi Kutub Selatan.
Bagaimana dengan nasib Malaysia? Ia dikatakan akan membeku dan berada sebaris dengan India, sekali gus meletakkan garisan Khatulistiwa berada di Antartika.

Bandar pesisir pantai bakal tenggelam dan Australia Barat dipercayai turut mengalami nasib sama serta setengah negara mengalami waktu siang atau malam lebih panjang.

Fenomena medan kutub bumi menyongsang dikhuatiri mengakibatkan bencana alam lebih dahsyat seperti taufan, gempa bumi dan letusan gunung berapi.

Selain itu, ia juga akan memberi kesan besar kepada ekosistem dan migrasi haiwan yang selama ini bergantung kepada perubahan musim dan iklim di sesuatu kawasan.

Medan magnet bumi juga akan menjadi lemah dan terdedah kepada fenomena ribut suria serta sinaran kosmik iaitu partikel bertenaga tinggi dan gelombang elektromagnet dari angkasa lepas.

Pergerakan kutub memang sedang berlaku dan ia boleh dilihat menerusi kejadian bencana alam yang didakwa berpunca daripada pemanasan global dan perubahan iklim secara mendadak sejak akhir-akhir ini.

Pelbagai teori didedahkan menyebabkan saintis menganggarkan medan magnet akan menyongsang dalam tempoh dua tahun lagi berdasarkan pergerakan kutub yang semakin laju.

Adakah keadaan itu akan berlaku atau ia hanya sebuah lagi spekulasi seperti ramalan kiamat 2012 yang digembar-gemburkan pada tahun lalu?


Fenomena Indonesia dilanda salji.

Kiamat menurut Islam

Beberapa hadis dan ayat al-Quran ada menjelaskan persoalan mengenai hari kiamat:

Ibnu Umar RA berkata, Nabi Muhammad SAW pernah bersabda, lima kunci perkara ghaib, tidak mengetahuinya melainkan ALLAH iaitu:

1) Tiada mengetahui apa tersimpan di dalam rahim (kandungan perempuan) melainkan ALLAH.

2) Tiada siapa mengetahui apa akan terjadi esok hari melainkan ALLAH.

3) Tiada seorang pun mengetahui bila waktunya hujan akan turun melainkan ALLAH.

4) Tiada seorang pun mengetahui di negeri mana dia akan mati melainkan ALLAH.

5) Tiada yang mengetahui bila kiamat akan terjadi melainkan ALLAH.
(Hadis Riwayat Bukhari)

Adakah fenomena pelik melibatkan perubahan ekstrem cuaca dunia dan bencana alam dahsyat adalah satu peringatan atau petanda kepada manusia di akhir zaman?

Abu Hurairah berkata, Rasulullah bersabda, ‘Tidak akan tiba hari kiamat sehingga ilmu pengetahuan (agama) dilenyapkan, banyak gempa bumi, masa saling berdekatan (semakin singkat), banyak timbul fitnah, banyak huru-hara iaitu pembunuhan, hingga harta benda melimpah ruah di antara kamu.'

(Hadis Riwayat Bukhari, Muslim dan Abu Daud)

Sebagai orang Islam, kita wajib percaya bahawa hari kiamat merupakan Rukun Iman ke- 5 akan tiba seperti diterangkan dalam al-Quran.

ALLAH SWT berfirman :
Mereka menanyakan kepadamu tentang kiamat: “Bilakah terjadinya?” Katakanlah: “Sesungguhnya pengetahuan tentang kiamat itu adalah pada sisi Tuhanku; tidak seorangpun yang dapat menjelaskan waktu kedatangannya selain Dia. Kiamat itu amat berat (huru haranya bagi makhluk) yang di langit dan di bumi. Kiamat itu tidak akan datang kepadamu melainkan dengan tiba-tiba.” Mereka bertanya kepadamu seakan-akan kamu benar-benar mengetahuinya. Katakanlah: “Sesungguhnya pengetahuan tentang bari kiamat itu adalah di sisi ALLAH, tetapi kebanyakan manusia tidak mengetahui.”
(Surah Al-A’raf, Ayat 187)

Dan juga pada ayat:
Manusia bertanya kepadamu tentang hari berbangkit. Katakanlah: “Sesungguhnya pengetahuan tentang hari berbangkit itu hanya di sisi ALLAH.” Dan tahukah kamu (Muhammad), boleh jadi hari berbangkit itu sudah dekat waktunya.
(Surah Al-Ahzab, Ayat 63)

Klik share untuk berkongsi di wall facebook anda

[SERAM] GEMPAR!!! ROH SIMATI HADIR MAJLIS RUMAH RAKAN


Kisah yang berlaku di Thailand ini dilaporkan berlaku pada tahun lepas di mana wujudnya satu entiti ketika sekumpulan remaja sedang berparti di sebuah rumah.

Kisahnya apabila sekumpulan remaja merancang untuk mengadakan parti di rumah salah seorang daripada mereka. Pada malam yang dijanjikan, mereka semua berjumpa di sebuah rumah, namun salah seorang dari mereka tidak muncul dalam majlis itu.

Mereka meneruskan parti itu dan secara tidak sengaja video yang digunakan untuk merakam aksi parti mereka terakam satu entiti menyerupai wajah rakan mereka namun dalam keadaan yang menakutkan.

Selepas melihat kembali rakaman video itu, mereka terkejut kerana sebenarnya rakannya tidak muncul dalam parti tersebut. Pada keesokan harinya, barulah mereka tahu bahawa rakannya terlibat dalam satu kemalangan ngeri semasa dalam perjalanan menuju ke majlis tersebut.

Klik share untuk berkongsi di wall facebook anda

PENDEDAHAN!!! KEMBAR BUMI DITEMUI

Planet KOI-314x dikatakan mempunyai banyak persamaan dengan Bumi.

Sebuah dunia asing yang hampir sama dengan Bumi, disifatkan sebagai kembar planet kita ditemui di dalam sistem suria lain dengan jarak kira-kira 200 tahun cahaya. 

Planet yang sama beratnya dengan Bumi ini dikenali sebagai KOI-314x tetapi dikatakan 60 peratus lebih besar selain mengandungi gas. Ia juga mengorbit bintang dengan lebih dekat dan panas sepanjang tahun selain mempunyai atmosfera yang lebih tebal dengan kandungan utama helium. 

"Apabila kami menyedari planet ini menunjukkan variasi transit masa, petanda itu jelas berlaku disebabkan planet lain dalam sistem dan bukan bulan” Dr David Kipping, Ketua pakar astronomi, Pusat Astrofizik Harvard-Smithsonian, Amerika Syarikat"

KOI-314C juga mempunyai hanya 30 peratus lebih kepadatan berbanding air. Ini menunjukkan bahawa dunia berkenaan diselubungi hidrogen dan helium dengan ketebalan beratus-ratus kilometer.

Saintis percaya planet ini bermula sebagai sebuah Neptune mini sebelum beberapa gas atmosferanya meletup akibat radiasi bintang induknya.

Ketua pakar astronomi, Dr David Kipping dari Pusat Astrofizik Harvard-Smithsonian di Amerika Syarikat berkata: “Planet ini mungkin mempunyai jisim yang sama dengan Bumi tetapi yang pastinya tidak seperti Bumi.

“Ia membuktikan bahawa tidak ada garisan pemisah jelas antara dunia berbatu seperti Bumi dan planet lebih lembut seperti dunia air atau gergasi gas.” 
Keputusan itu dibentangkan pada mesyuarat tahunan Persatuan Astronomi Amerika Syarikat di Washington DC.

Bagi mengira berat KOI-314c, saintis menggunakan teknik baru dipanggil variasi transit masa (TTV), yang hanya berhasil apabila lebih satu planet mengelilingi sebutir bintang.

Kedua-dua planet berkenaan menunda antara satu sama lain, hampir mengubah masa yang diambil mereka untuk merentasi atau memindahkan permukaan bintang.

Menganalisis cara planet terbabit memberi kesan terhadap cahaya yang datangnya dari bintang menjadikan ia dapat mengira berat planet terbabit.

Gandingan dunia KOI-341c adalah sama dalam bentuk saiz tetapi beratnya adalah empat kali lebih berbanding Bumi.

Penemuan terbaru itu dibuat secara tidak sengaja oleh saintis yang meneliti data dari teleskop angkasa lepas Kepler melihat bukti bulan berbanding planet.

“Apabila kami menyedari planet ini menunjukkan variasi transit masa, petanda itu jelas kerana planet lain dalam sistem dan bukan sebuah bulan,” kata Dr. Kipping.

“Pada mulanya kita kecewa ia bukan sebuah bulan tetapi akhirnya kami sedar ia adalah satu ukuran yang luar biasa.” – AGENSI

Klik share untuk berkongsi di wall facebook anda

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...