Ada Dara, Lu Kolot!!!!

Ok.....Tengok tajuk entri ni pon dah nampak cukup kontroversi kan....
B_N malas nak ulas panjang-panjang...skang ni rakan-rakan tengok dulu video kat bawah ni..
Lepas tengok rakan-rakan nilai sendiri la yer..


Ok....dah tengok kan..skang ni camne nak jawab????hehe.....


p/s: da boring dengar insan kat atas tu berleter erk..ape kata rakan-rakan ringankan tangan klik nuff kat atas, tepi n bawah ni...hikhikhik (>_


Sape2 rase nak domain percuma, boleh la klik sini!!!

SELAMAT MENYAMBUT TAHUN BARU HJRAH 1433



Assalamualaikum kepada semua rakan-rakan sekalian..Hari ni B_N nak ucap Selamat menyambut Maal Hijrah kepada semua..

Hari ni da masuk tahun baru Islam..Jadi bagaimana dengan azam tahun lepas..? Harap-harap apa yang diazamkan untuk tahun lepas sudah berjaya dicapai...

Bagaimana pula dengan azam tahun ni..? Bagi B_N tahun ni adalah tahun terakhir B_N bergelar sebagai seorang pelajar..Jadi apa yang B_N nak adalah semoga dapat menamatkan karier sebagai seorang student U dengan satu keputusan yang cemerlang..

Sekarang ni pun sibuk berperang dengan assigment dan juga thesis yang perlu disiapkan..Pening jugak la kepala ni bila pikirkan segala tugas yang ditanggung buat masa sekarang ni.. Tapi disebabkan ini dah tahun terakhir, B_N rasa biarlah B_N perah sehabis tenaga untuk pastikan B_N buat yang terbaik.. Lepas ni dah tak jumpa dengan assigment lagi dah..Mesti rindu giler kat ASSIGMENT..hehe

Apa-apa pun, B_N harap rakan-rakan juga dapat berusaha dengan lebih yakin lagi untuk tahun ni supaya segala azam dan cita-cita yang diinginkan menjadi kenyataan..

Setakat ini sahaja bebelan untuk kali ini..Semoga rakan-rakan tak boring baca bebelan B_N kali ni...

Sekali lagi B_N nak ucapakan SELAMAT MENYAMBUT TAHUN BARU HIJARAH 1433..

p/s: da penat baca erk..tak salah kalau rakan-rakan klik mane2 iklan yang patut kat sidebar blog ni kan...(buat muka tak malu plak..hehehe)


Sape2 rase nak domain percuma, boleh la klik sini!!!

Hukum FACEBOOK



Hari ini hampir semua orang di antara kita punyai akaun Facebook. Namun berapa orang yang menilai dan mengambil

berat tentang sumbangan saham pahala atau dosa yang sedang berjalan dari profile Facebook masing-masing? 

Ada orang berkata, ‘Eh, aku main FB suka-suka jer, tak kan berdosa kot?’. 

Kita harus faham setiap saat dalam hidup, kita tidak akan terlepas dari 6 keadaan iaitu:

1。 Halal

2。 Haram

3。 Wajib

4。 sunat

5。 Makruh

6。 Harus 

Hukum menggunakan FB adalah ‘harus’. Namun apa yang kita kongsikan dalam FB itulah yang akan menentukan samada ia halal atau haram, memberikan kita saham dosa atau pahala. 

Antara dosa yang sering dilakukan tanpa sedar adalah :

1。 Meletakkan gambar sendiri yang tidak menutup aurat. 
2。 Menyebarkan gambar orang lain yang tak tutup aurat.
3。 Menyebarkan fitnah dan umpatan.
4。 Berbual mesra (chatting) antara lelaki dengan perempuan dengan kata-kata yang boleh menaikkan syahwat.
5。 Mengorat anak gadis (dengan cara yang salah) dan isteri orang.
6。 Membuka aib diri, keluarga dan orang-orang yang dikenali.
7。 Menggunakan bahasa-bahasa yang kesat.
8。 Menyakitkan hati orang lain dan. 

Renungkan kesalahan-kesalahan yang disenaraikan di atas dan semak balik cara kita menggunakan FB selama ini. Adakah FB kita memberikan sumbangan pahala atau sumbangan dosa kepada kita? Ketahuilah hampir setiap hari ada puluhan, ratusan malah mungkin ribuan orang yang melihat dan membaca FB kita. Sanggupkah kita menanggung semua dosa yang diterima dari setiap orang yang menjengok FB kita? Mereka bukan setakat menjengok segala post dan gambar kita tetapi mungkin akan tag dan share gambar dan semua post yang kita tulis kepada rakan-rakan mereka. 

Tindakan Yang Harus Diambil Sekarang! Buang semua gambar yang tidak menutup aurat, tabbaruj dan gambar-gambar yang tidak sopan. Buang gambar-gambar orang lain seperti artis, wanita cantik dan mana-mana gambar yang tidak menutup aurat, seksi, aksi lucah dan seumpamanya. Buang semua status yang berbentuk umpatan, fitnah, tiada kebenaran dan mungkin punyai kata-kata yang menyakitkan hati orang atau sindiran kepada orang lain. 

Mohon maaf di atas semua kesalahan yang dilakukan. Seandainya FB kita membawa saham dosa, maka jika ditakdirkan esok kita meninggal dunia, saham dosa itu akan terus berjalan selagi orang melihat dan berkongsi apa jua yang kita letakkan dalam FB itu. Sebaliknya jika saham pahala yang kita perolehi, bersyukurlah kepada Allah kerana saham itu tidak akan putus selagi orang lain memanfaatknnya. 

Subhanallah… 

Share Jika Anda Pengguna FaceBook !

-ZELL-

Sumber

Sape2 rase nak domain percuma, boleh la klik sini!!!

KIAMAT 21/12/12?????




Dunia kiamat 2012???? Kenal tak dengan NOSTRADAMUS????Dia adalah orang yang bertanggungjawab dalam membuat ramalan berkaitan dengan penghujung waktu dunia a.k.a KIAMAT.

Nostradamus adalah seorang ahli ramal yang cukup hebat..Boleh dikatakan semua ramalan yang dibuat sebelum ini betul-betul berlaku..Jadi hal ini lah yang telah meyebabkan ramai orang percaya dengan ramalan NOSTRADAMUS ni.,

Satu lagi fakta yang menyebabkan makin ramai manusia yang percaya bahawa dunia akan kiamat pada 2012 adalah disebabkan oleh kalendar orang MAYA yang dikatakan hanya bertarikh sehingga 21 Disember 2012..Jadi sebab tu la ramai yang cakap dunia akan hancur pada 21/12/12 (tak sempat nak capai Wawasan 2020...gurau jer..hikhikhik)

Tapi ape yang pelik, nape mereka ni caya kepada kalendar orang MAYA..sedangkan orang MAYA ni bukanlah maju sangat pun..Sekarang ni masih ada lagi keturunan orang MAYA di daerah Guatemala..Dan kalau kita lihat cara hidup diorang, masih ade lagi bercorak primitif dan mengamalkan bermaca-macam aktiviti pemujaan..Jadi, kenapa puak-puak yang meramalkan dunia bakal kiamat ni percaya kepada kalendar orang maya yang dilihat tidak bertamadun..Sedangkan mereka yang meramal itu adalah lebih bertamadun berbanding dengan orang MAYA..Dan apa yang lagi pelik, orang MAYA itu sendiri pon tidak berani untuk meramal bahawa kiamat akan berlaku pada 21/12/12...! Menarik....

Jadi adakah ramalan yang dibuat oleh NOSTRADAMUS ni boleh diterima..Kalau kita yang beragama ISLAM semsetinya tak percaya kepada ramalan ini kerana tidak ada sesiapa yang tahu bila berlakunya KIAMAT tu..

Anda BAGAIMANA?????




p/s: da penat baca erk..B_N nak mintak tolong klik iklan nuff and churpChurp yang ada kat blog ni bleh x...=)



Sape2 rase nak domain percuma, boleh la klik sini!!!

Justin Bieber Top Di Youtube

Sape tak pernah bukak Youtube? MUstahil la kan kalau kawan-kawan tak pernah bukak Youtube.


Semua orang tau ape tu Youtube kan? Apa yang b_N cuba nak tulis hari ni adalah video yang paling popular yang terdapat dalam Youtube setakat bulan November ni. Video ni adalah video clip Justin Bieber yang lagunya berjudul :

Justin Bieber - Baby ft. Ludacris


Video ni mendapat 657,648,987 views  sepanjang ianya diupload ke dalam Youtube. Video ni diupload oleh   pada 19 Februari 2010. Jadi, jom sama-sama saksikan video ni.





p/s: Kalau tak keberatan, sambil2 tengok Justin Bieber ni, ringan-ringan kan la tangan tu klik iklan nuff yang ade kat blog ni..hehehe

Seruan Kubur!


Setiap hari kubur menyeru manusia sebanyak 5 kali:
1. Aku rumah yang terpencil, maka kamu akan senang dengan selalu membaca Al-Quran.
2. Aku rumah yang gelap, maka terangilah aku dengan selalu solat malam.
3. Aku rumah penuh dengan tanah dan debu, bawalah amal soleh yang menjadi hamparan.
4. Aku rumah ular berbisa, maka bawalah amalan "بسم الله" sebagai penawar.
5. Aku rumah pertanyaan Munkar dan Nakir, maka banyaklah bacaan
"لا إلاه إلا الله محمد رسول الله", supaya kamu dapat jawab soalan mereka.
Alhamdulillah... Sila sebarkan... Semoga kita semua sentiasa berada dalam rahmat serta redha Ilahi... InsyaAllah... Amiin ya rabal alaminnn....

myQuran = syhaitan?

Mesti kawan-kawan ada terlihat gambar ni kat wall facebook masing-masing kan. Ni lah salah satu cara kafir laknatullah mempersendakan Islam. Jadi apa yang rakan-rakan harus lakukan?

Jom follow instruction yang ada dalam gambar ni.



Diharap dengan bantuan rakan-rakan semua, kita dapat mengelakkan perkara ni daripada jadi lebih teruk dan serius.

Kalau boleh mohon rakan-rakan share kepada kawan2 kita yang masih belum tahu akan hal ni.

Semakin ramai yang follow instruction ni, diharap GOOGLE TRANSLATE dapat memadamkan perkataan yang membawa kearah penghinaan ni.

(Video) 200 Nyaris Maut Kereta Api Rempuh Lori Tangki


KOTA KINABALU: Kira-kira 200 penumpang kebanyakannya kakitangan kerajaan nyaris maut apabila kereta api dinaiki mereka merempuh sebuah lori tangki bermuatan 27,000 liter petrol yang menyebabkan letupan kuat di lintasan kereta api haram berhampiran Kilometer 5, Jalan Kota Kinabalu-Putatan, Petagas, dekat sini, semalam.

Letupan itu menyebabkan gegaran kuat di sekitar Petagas dengan asap tebal boleh dilihat dari jarak kira-kira lima kilometer (km), selain kesesakan lalu lintas yang teruk sepanjang kira-kira 10 km dari Jalan Kota Kinabalu-Putatan dan sebaliknya.

Dalam kejadian kira-kira jam 5.30 petang itu, lapan penumpang kereta api cedera ringan manakala pemandu lori berkenaan tidak cedera.

Kereta api tiga gerabak itu dalam perjalanan dari Stesen Kereta Api Tanjung Aru, di sini membawa penumpang yang kebanyakannya kakitangan kerajaan yang baru pulang kerja ke Stesen Kereta Api Papar, kira-kira 70 km dari sini.

Kereta api milik Jabatan Kereta Api Negeri Sabah (JKNS) itu dikatakan baru meninggalkan stesen berkenaan pada jam 5 petang dan dipercayai bergerak pada kelajuan antara 40 hingga 50 km sejam tetapi pemandunya dipercayai gagal memberhentikan kenderaan itu kerana agak hampir dengan lori berkenaan.

Ia menyebabkan kepala dan gerabak pertama kereta api itu tergelincir ke kanan landasan sebelum hangus manakala lori itu terputus dua dengan bahagian kepala dan tangkinya terpisah kira-kira 10 meter di kiri dan kanan landasan.


Penumpang yang panik terpaksa memecahkan cermin kereta api dan melompat keluar bagi menyelamatkan diri daripada api yang menjulang setinggi kira-kira 30 meter.

Pesuruhjaya Polis Sabah, Datuk Hamza Taib berkata, kejadian dipercayai berpunca akibat pemandu lori membelok ke kiri jalan untuk melintasi landasan sebelum membawa bahan api itu ke sebuah stesen minyak, kira-kira 300 meter dari tepi landasan.

“Pemandu lori dipercayai gagal mengesan kereta api berkenaan tetapi sempat melompat keluar dari kenderaannya sejurus sebelum kenderaannya dirempuh kereta api," katanya ketika ditemui di tempat kejadian.

Jurucakap JKNS berkata, kejadian menyebabkan kepala kereta api seberat kira-kira 60 tan itu tergelincir ke kanan landasan manakala gerabak depan hangus.

Katanya, lintasan kereta api berkenaan dibuat pihak tertentu secara haram, menyebabkan tiada pintu di landasan berkenaan.

Beliau berkata, kereta api itu baru dibeli JKNS dari China mula beroperasi sejak Februari lalu selepas dihentikan selama lima tahun berikutan projek menaik taraf landasan berkenaan.

Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Kota Kinabalu, berkata bomba yang menerima panggilan pada jam 5.38 petang menghantar lima jentera dengan 35 anggota ke tempat kejadian dan api berjaya dipadamkan kira-kira jam 6.45 petang.

Penumpang terpaksa pecah cermin selamat diri

KOTA KINABALU: “Saya duduk di gerabak pertama. Tiba-tiba saya dengar dentuman dan disusuli letupan kuat. Saya nampak api menjulang di sebelah kanan tingkap kereta api. Saya dan penumpang lain terpaksa memecahkan cermin untuk melompat keluar.

“Kami takut kereta api meletup. Bagaimanapun saya bersyukur kerana tiada penumpang yang maut atau cedera parah,” luahan penumpang kereta api, Irwan Shamsuddin, 29.

Menceritakan detik cemas itu, Irwan yang bertugas sebagai anggota Jabatan Pertahanan Awam di bandar raya ini, berkata sebelum kejadian, beliau terdengar bunyi amaran kereta api tetapi tidak menyangka akan merempuh lori itu.

“Saya fikir pemandu kereta api hanya memberi amaran kepada orang yang melintas landasan. Bagaimanapun, selepas dentuman dan letupan itu, saya nampak api menjulang kira-kira 30 meter,” katanya ketika ditemui di tempat kejadian semalam.

Penumpang, Razmi Jaafar, 37, berkata ketika kejadian beliau dan penumpang di gerabak pertama baru bergerak meninggalkan Stesen Kereta Api Tanjung Aru, dekat sini ke Papar pada jam 5 petang.

“Baru setengah jam bergerak meninggalkan stesen itu tiba-tiba saya terdengar letupan kuat dari arah depan. Saya nampak api menjulang. Saya dan penumpang lain terpaksa memecahkan tingkap untuk melompat keluar.

“Saya dan penumpang lain berebut-rebut keluar. Saya sempat menyelamatkan beberapa penumpang yang lain,” katanya.

Pemandu lori, Pauleh Dausun, 45, berkata ketika menghampiri landasan itu, ada sebuah kenderaan pacuan empat roda di depannya melintasi landasan.

“Saya dengar bunyi hon tetapi menyangka ia dari treler atau kenderaan lain di jalan. Saya hanya menyedari kereta api apabila ia sudah terlalu dekat. Saya cuba menekan pedal minyak. Kepala lori berjaya melepasi landasan tetapi tangki lori tersangkut di landasan.

“Saya terpaksa melompat keluar. Sejurus meninggalkan lori, saya terdengar dentuman dan disusuli dengan letupan kuat,” katanya.

Bagaimanapun, katanya, beliau yang tidak cedera bersyukur kerana terselamat dalam kejadian itu.

Saksi kejadian yang hanya ingin dikenali sebagai Liza berkata, ketika kejadian beliau yang memandu kereta baru keluar dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu (KKIA) dan terlihat lori berkenaan melintasi landasan tanpa ada sebarang tanda pemandunya ingin memberhentikan kenderaannya.

“Tiba-tiba saya nampak kereta api itu terus merempuh bahagian tangki lori itu. Letupannya kuat. Api menjulang tinggi,” katanya.

Sumber: BHarian

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...