Umur Kian Singkat, Ajal Makin Dekat


MASA bergerak begitu pantas. Dalam diam kita sudah memasuki tahun baru Masihi 2013. Ia menandakan usia kita kian berganjak dan semakin tua.

Apabila tahun baru menjelma, pasti ramai bersemangat dengan azam baru masing-masing. Apabila ‘wish’ selamat tahun baru, soalan wajib selepas itu pastinya “Apa azam untuk tahun baru?” 
Nak berazam perlu tunggu tahun baru saja ke? Setahun ada 365 hari manakala tahun itu juga adaah himpunan antara hari. Dari hari-hari itulah menjadi setahun. 

Jadi azam tahun baru sebenarnya mesti diukir setiap hari. Jika azam sekadar sebutan dan hanya rutin serta pakej sambutan tahun baru saja, sudah tentu tidak ke mana.


Paling tidak hangatnya sekadar hangat-hangat tahi ayam saja. Berazam macam nak rak tapi apabila sampai tahun baru yang seterusnya, satu azam pun tidak tercapai lagi.


Selepas itu, pandai-pandai saja buat azam baru. Setiap hari, setiap waktu umur kita akan bertambah sama ada memasuki tahun baru atau tidak. 

Hayat kita tetap bertambah singkat dan ajal semakin dekat. Setiap kita disuruh berazam ke arah yang lebih baik, sama ada menjelang atau belum tahun yang baru. 

Itulah kehidupan dan jiwa seorang Muslim. Masa tidak selalu menunggu kita. 
Kebaikan jangan ditangguh, keburukan jangan ditanggung. Jangan menunggu tahun baru untuk berubah kepada yang lebih baik. 

Jangan menunggu tahun baru untuk meninggalkan keburukan. Itulah fenomena hidup kita seharian. Hijrah sudah tak jadi gah sehebat sejarahnya. 

Baca sejarah tapi hilang ceritanya atau rohnya. Jadi sempit dan apabila sudah jadi sempit, kefahaman pun mula mengecil dan apabila kefahaman mengecil, penghayatan pun makin menguncup, hasilnya hijrah tinggal sejarah. 

Ramai yang gagal mencapai azam kerana mereka tidak mempunyai kesungguhan dan beranggapan azam itu tidak penting. 

Ada juga yang menetapkan azam yang terlampau banyak sehingga tidak sempat untuk dicapai pada tahun itu. 

Azam perlu dibuat secara berperingkat. Selesai satu azam, buat azam baru pula. Sepatutnya tahun baru dijadikan sebagai kayu pengukur kepada apa yang dilalui sepanjang setahun. 

Berdasarkan apa yang berlaku sepanjang tahun, mudahlah untuk merancang perkara lebih baik untuk tahun seterusnya. Berusaha berubah kepada yang lebih baik perlu menjadi matlamat Muslim setiap masa. 

Sesiapa yang hidupnya hari ini tidak berubah menjadi lebih baik daripada semalam, bermakna mempersia-siakan peluang hidup pada hari sebelumnya. 

Begitu juga pada azam, tidak perlu menunggu saat tibanya tahun baru. Lakukanlah segera kerana usia tidak akan menanti kita. Perkara yang paling hampir pada diri kita adalah kematian. 

Untuk berubah, demi azam baru, di sini mari sama-sama kita berkongsi tip bagaimana hendak laksanakan azam yang kita pasang selama ini. 

Mulalah dengan mengubah diri sendiri supaya anda menjadi lebih yakin dengan diri anda sendiri. Orang lain juga akan lebih yakin dengan diri anda. 

Mana mungkin jika anda mahu mengajak orang lain berubah sedangkan diri anda sendiri masih berada pada takuk lama. Nanti orang akan cakap yang anda seorang yang cakap tidak serupa bikin. Cakap pandai tapi buat sendiri tak pandai. 

Mula melakukan perubahan secara perlahan-lahan. Tidak dinafikan sememangnya sukar untuk terus berubah dalam masa singkat atau dalam tempoh sekelip saja. 

Jika ia dilakukan secara perlahan-lahan, dengan izin Allah anda akan dapat berubah seperti apa yang anda inginkan. Walaupun perlahan, anda akan dapat mengalami perubahan yang besar dalam diri. 

Lakukan perubahan pada masa sekarang juga. Jangan bertangguh untuk tempoh yang lebih lama lagi. Ini kerana semakin lama anda bertangguh untuk berubah maka ia akan menjadi semakin melarat dan semakin susah untuk melakukannya. 

Perkara yang kecil akan jadi lebih besar jika ia terus dibiarkan. Jadi, ambillah masa yang ada sekarang untuk berubah dan mendapat hasil yang baik pada masa akan datang. 

Berusaha untuk berubah dengan niat yang ikhlas dan lakukannya dengan bersungguh-sungguh. Anda perlu memaksa diri anda untuk berubah dengan sepenuh hati. Jika diri anda tidak dipaksa, anda seolah-olah memanjakan diri anda untuk berubah. 

Nafsu anda juga akan menjadi semakin degil jika tidak dipaksa. Kawal nafsu anda dan jangan biarkan nafsu yang mengawal diri. 

Apabila anda berjaya melakukan perubahan dalam diri maka anda perlu mengulangi perubahan itu sehingga ia menjadi sebati dengan diri. Jika perubahan hanya dibiarkan begitu sahaja, anda hanya akan berjaya untuk berubah seketika dan selepas itu akan kembali kepada takuk lama. 

Oleh itu, jangan sia-siakan perubahan yang anda lakukan. Anda perlu sentiasa melakukannya. 

Kesimpulannya, kita perlu berubah untuk menjadi orang yang lebih baik kerana ia sangat dituntut dalam Islam. Tapi jangan pula berubah kerana disebabkan orang lain. 

Kita perlu ikhlas untuk berubah demi kebaikan diri anda sendiri. Selepas itu bolehlah mengajak orang lain untuk berubah sama. Jika dilakukan dengan niat dan cara yang betul, insya-Allah orang lain akan dapat berubah seperti yang diharapkan. 

Kita juga mendapat ganjaran pahala jika berjaya mengajak orang lain berubah. Cuma awas berubah jangan jadikan ia upacara bermusim berubah dan beristiqamah sehingga menemui Allah. 

Sesungguhnya Allah menciptakan hidup dan mati itu untuk menguji siapakah yang paling baik amalannya.


Klik share untuk berkongsi di wall facebook anda

10 Golongan Yang Diusir Dari Padang Masyar



1. Mereka diusir berupa kera. Mereka adalah manusia yang suka mengadu domba.

2. Mereka diusir berupa babi. Mereka adalah manusia yang suka memakan barang yang haram.

3. Mereka dihalau dalam keadaan terbalik kaki di atas dan kepala di bawah. Mereka adalah dari golongan yang suka berdusta.

4. Mereka dihalau dalam keadaan bisu dan pekak serta tidak berakal. Mereka adalah dari golongan yang riak, bangga diri dan sombong.

5. Mereka dihalau dalam keadaan mengunyah lidah sendiri sedang lidahnya itu menjulur ke bawah sampai ke dadanya dan dari mulut keluar nanah yang menjijikkan. Mereka adalah pemidato yang ucapannya berlainan dengan perilakunya.

6. Mereka dihalau dalam keadaan tersalib di pohon kurma dari neraka. Mereka adalah manusia yang berusaha mengajak orang ramai untuk menyokong pemimpin yang tidak jujur.

7. Mereka dihalau dalam keadaan terpotong tangan dan kakinya. Mereka adalah orang yang mengganggu jirannya.

8. Mereka dihalau dalam keadaan buta. Mereka adalah dari golongan yang curang dalam menetapkan hukum.

9. Mereka dihalau dalam keadaan busuknya lebih busuk daripada bau bangkai. Mereka adalah orang yang gemar melepaskan nafsu syahwat dan menolak perkara wajib seperti zakat, puasa, solat, tidak menjalankan kerja dakwah dan sebagainya.

10. Mereka dikumpulkan dalam keadaan memakai pakaian besi yang panas. Mereka adalah manusia yang syirik kepada Allah SWT.


Klik share untuk berkongsi di wall facebook anda

Kelebihan Memiliki Anak Perempuan

Rasulullah s.a.w pernah bersabda yang bermaksud,
“Sesiapa yang memiliki tiga anak perempuan, lalu dia bersabar dengan kerenah,
kesusahan dan kesenangan mereka, nescaya Allah s.w.t akan memasukkannya ke dalam syurga dengan kelebihan rahmat-NYA untuk mereka.”

Seorang lelaki bertanya,
“Juga untuk dua anak perempuan wahai Rasulullah?”

Sabda baginda,
“Juga untuk dua anak perempuan.”

Seorang lelaki berkata,
“atau untuk seorang wahai Rasulullah?”

Rasulullah s.a.w menjawab,
“Juga untuk seorang.”

(Hadis Riwayat Ahmad dan Al-Hakim)

Namun, riwayat ini diperluaskan juga kepada seseorang yang memelihara saudara perempuan.

Sabda Rasulullah s.a.w yang bermaksud,
“Tidak ada bagi sesiapa tiga orang anak perempuan ataupun tiga orang saudara perempuan, lalu dia berbuat baik kepada mereka,
melainkan Allah Taala akan memasukkan mereka ke syurga.”
(Hadis Riwayat Al-Bukhari)

Daripada Aisyah r.a.,
dari Rasulullah s.a.w baginda telah bersabda yang maksudnya, “Sesiapa yang diberati menanggung sesuatu urusan menjaga dan memelihara anak-anak perempuan, lalu ia menjaga dan memeliharanya dengan baik, nescaya mereka menjadi pelindung baginya daripada api neraka.” (Hadis Riwayat Bukhari, Muslim dan Tirmidzi)

Sesungguhnya perempuan atau wanita adalah makhluk Allah yang amat istimewa.
Kemuliaan dan keruntuhan sesuatu bangsa terletak di tangan mereka.
Daripada hadis-hadis di atas, dapat kita pelajari bahawa kedua ibu bapa wajib memberi perhatian terhadap anak-anak perempuan lantaran anak-anak perempuan merupakan aset penting yang menentukan sama ada ibu bapa mereka layak memasuki syurga atau terhumban ke dalam neraka disebabkan oleh mereka.

Rasulullah s.a.w pernah bersabda dalam hadis baginda yang bermaksud,
“Takutlah kamu kepada Allah s.w.t dalam perkara-perkara yang berhubung dengan kaum wanita.”

Ini bermaksud bahawa setiap ibu bapa dan yang bergelar suami hendaklah sentiasa mengawasi anak-anak perempuan mereka dan juga isteri mereka agar sentiasa berpegang teguh dengan agama dan mematuhi perintah Allah s.w.t.

Pernahkah anda mendengar, kata orang tua, menjaga lembu sekandang adalah lebih mudah daripada menjaga seorang anak perempuan?

Kemungkinan ini ada benarnya apakala kita melihat ramai ibu bapa yang menjaga anak-anak mereka dengan hanya memberi tempat tinggal, makan dan minum semata-mata seperti menjaga dan memelihara binatang ternakan yang hanya bertujuan menggemukkan sahaja. Sedangkan pendidikan agama tidak diberi penekanan yang sepatutnya.Contohnya dalam perkara aurat dan pergaulan hingga akhirnya ramai perempuan atau wanita yang menjadi bahan fitnah dan terdedah dengan berbagai keburukan yang mencemarkan nama baik keluarga dan agama.

Sesungguhnya anak-anak yang diajar dengan didikan agama yang baik akan memberi faedah kepada ibubapanya semasa hidup dan selepas mati bahkan secara logiknya tiada ibubapa yang inginkan anak-anak mereka menjadi beban dan membawa kecelakaan kepada mereka di dunia apalagi di akhirat kelak.

Alangkah beruntungnya ibu bapa yang mempunyai anak perempuan, lalu mereka mendidik dengan penuh kesabaran dan kasih sayang. Mendidik anak perempuan sememangnya mencabar, tetapi cabaran yang besar itu jika dilakukan dengan kesungguhan serta tabah menghadapi kerenah mereka, Allah Taala dan Rasul-Nya telah menjanjikan balasan yang amat besar.

by: Tanyalah Ustaz


Klik share untuk berkongsi di wall facebook anda

Beberapa Perkara Ganjil dan Aneh di Sekeliling Kita

Pembahagi antara Belanda dan Belgium di sebuah kafe.

Dalam dua kali setahun akan berlaku penghijrahan ikan pari di Teluk Mexico. Kira-kira 10 ribu ikan pari berenang dari Semenanjung Yucatan ke Florida pada musim bunga dan kembali pada musim luruh.

Pohon-pohon yang tumbuh di hutan berhampiran Gryfino, Poland. Tidak ada fakta yang jelas berkaitan lekukan yang berlaku pada batang pokok di sini.

Sebuah jambatan di wilaya Shandong China yang merentasi Teluk Jiaozhou. Jambatan ini sepanjang 36km dan mempunyai lapan lorong kereta. Merupakan jambatan laut terpanjang di dunia.

Terowong luar biasa di Taman Negara Sequoia California.

Patung yang dicipta oleh Bruno Catalano. Lokasi: Perancis

Siang dan malam. lokasi monumen ini adalah di Kaunas, Lithuania.

Haus Rizzi- Jerman

Pusat permainan berkomputer di Paris. Untuk fakta, lantai ini sebenarnya rata.

Tiang Lennar. Lokasi: Sungai Lenna, Rusia.

Lost paradise di Lautan Hindi. Kepulauan Lamu.

Jambatan Banpo, Seoul, Korea Selatan.

Balkoni 103 tingkat di Chicago.

Fenomena bentuk muka bumi yang unik dikenali sebagai Danxia Landform. Fenomena ini boleh berlaku di beberapa kawasan di China.

Melihat matahari terbenam dari bawah ombak.

Ini adalah lapangan terbang Maldives yang terletak di tengah-tengah Lautan India.

Pengawal rumah api di Mare, Perancis. Salah seorang yang paling berani di planet ini.

Puting Beliung di Montana, USA 2010.

Kabus tebal di Sydney yang menyelubungi seluruh bandar.

Skyscraper-Crescent Crescent Moon Tower (Dubai).

Di barat laut Montana, USA. Permukaan air yang begitu jernih sehingga dasar sungai dapat dilihat dengan jelas. Untuk fakta, sungai ini sangat dalam.

Sungai di atas sungai: Jambatan Air Magdeburg, Jerman.

Lapangan terbang Gibraltar merupakan salah satu daripada lapangan terbang paling luar biasa di dunia.

Pagi yang ceria- kelihatan gulungan awan di Gulf of Carpentaria selatan Australia.

Belon di Cappadocia.

Favelas di Brazil. Perbezaan antara orang kaya dan miskin.


Klik share untuk berkongsi di wall facebook anda

12 Papan Tanda Yang KELAKAR


Jika ini tidak mampu menghalang seseorang, maka pasti dia merupakan seorang yang berhati nyamuk.



Kurang pasti apa yang cuba diberitahu oleh papan tanda ini!



Perlu ker visual tu?



Utamakan keselamatan sebelum anda dibaham!



Tidak ada apa-apa yang nak dikatakan?



Ada sebarang idea?



Di persimpangan dilema.



Sangat sesuai untuk WANITA.





Pilihan berakhir disini.



??????



Ok. Multi-language.


Klik share untuk berkongsi di wall facebook anda

12 Jenis Burung Yang AWESOME!


1) The Rainbow Lorikeet



The Rainbow Lorikeet, (Trichoglossus haematodus) merupakan spesies kakak tua Australia. Ia boleh ditemui di Indonesia Timur (Maluku dan barat New Guinea), Papua New Guinea, New Caledonia, Kepulauan Solomon dan Vanuatu.


2) The Golden Pheasant



Burung yang sangat menarik. Mempunyai gabungan bulu dan mata yang cantik. Boleh dijumpai di barat China dan beberapa negara lain seperti UK.


3) The Quetzal



Termasuk dalam senarai burung paling cantik di dunia. Menjadikan buah-buahan, serangga, cicak dan lain-lain serangga kecil. Burung ini biasanya boleh ditemui di Guatemala dan beberapa tempat lain.


4) The Hoopoe



Burung yang berwarna-warni boleh ditemui merentasi Afro-Eurasia. Mempunyai mahkota yang cantik di bahagian kepala.

5) The Bali Bird of Paradise


Sukar untuk ditemui. Mempunyai corak yang sangat memukau. Biasanya hanya boleh ditemui di kawasan New Guinea. Juga dikenali sebagai burung dari syurga.



6) The Atlantic Puffin


Sejenis burung laut. Suka menyelam untuk menangkap ikan dan sotong. Biasanya boleh ditemui di Lautan Atlantik.

7) The Lear's Macaw


Juga dikenali sebagai Indigo Macaw. Berwarna biru metallic.

8) The Kingfishers


Burung yang suka makan ikan. Menggunakan paruh yang panjang untuk menangkap dan membunuh mangsa dengan efektif. Juga menjadikan ketam, serangga, katak, cicak, juga telurnya sendiri sebagai makanan. Sukar ditemui di kawasan bandar.

9) The Peacock


Kombinasi warna yang sangat-sangat cantik dan menarik. Ekornya boleh mengembang dengan besar. Mesti anda pernah melihatnya!

10) The Northern Cardinal


Tidak ada banyak maklumat yang diperolehi mengenai burung ini. Pasti anda merasa seperti biasa melihat burung ini terutama ketika anda bermain game Angry Birds.

11) The California Condor



Tinggal di kawasan Arizona dan selatan Utah (termasuk di kawasan Grand Canyon dan Zion National Park), selatan California dan utara Baja California.


12) The African Crowned Crane



Burung yang tidak bermigrasi.

Klik share untuk berkongsi di wall facebook anda

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...