Kain Kafan Turin dan Wajah Nabi Isa?


Pernah dengar pasal kain kafan Turin tak..?

Mesti ade yang pernah dengar dan mungkin ada yang tak pernah dengar kan?

Hari ni B_N cuba nak terangkan sedikit pasal kain kafan Turin ni..

Kain Kafan Turin atau dalam bahasa Inggeris nya Shroud Of Turin adalah sekujur kain lama yang berwarna coklat yang mana ianya memiliki gambaran lelaki yang kelihatan diseksa secara fizikal dan ianya mungkin adalah disebabkan PENYALIBAN.

Ada saintis telah mengkaji kain kafan Turin ni untuk membuktikan ianya adalah kain kafan yang membaluti Jesus Christ selepas ia disalib.

Kain kafan ini menajdi topik perdebatan yang hangat dan sengit diantara para ilmuan, Pendeta Kristian, ahli sejarawan, dan para penulis mengenai di mana, bila dan bagaimana kain kafan serta gambaran di atasnya tercipta.

Berbagai ujian telah dilakukan terhadap kain kafan ini, namun demikian perdebatan mengenai asal-usulnya tetap berlaku.Pentarikhan radio-karbon pada tahun 1988 yang dilakukan oleh tiga kelompok ahli sains bebas telah mengeluarkan hasil lalu telah diterbitkan di dalam jurnal akademik Nature yang membayangkan bahawa kain kafan tersebut telah dibuat ketika Abad Pertengahan, sekitar 1300 tahun setelah Yesus dilahirkan.Pernyataan-pernyataan akan adanya prasangka dan kesalahan di dalam pengujian-pengujian tersebut langsung muncul berikutan dari hasil penerbitan tersebut, dan dijawab oleh Harry E. Gove atau beberapa orang lain. Walaupun demikian kontroversi pentarikhan ini terus berlanjutan.

Analisis lanjutan yang diterbitkan pada tahun 2005, misalnya, menyatakan bahawa contoh kain yang diambil oleh para kelompok penguji tadi untuk menghitung usia kain tersebut mungkin diambil dari bahagian kain kafan yang bukan merupakan sebahagian daripada kain kafan dari Torino yang asal. Kain kafan dari Torino yang asal juga dikatakan rosak akibat kebakaran di akhir Abad Pertengahan yang mungkin boleh juga menambahkan unsur karbon pada kain tersebut, hal ini mungkin menyebabkan kadar radiokarbon yang lebih tinggi lalu menyebabkan bacaan pada umur kain tersebut makin bertambah. Analisa ini pun dipertanyakan oleh pihak skeptis seperti Joe Nickell yang berhujah bahawa kesimpulan tersebut berasal dari penulis Raymond Rogers yang membuat kesimpulan daripada "menganalisa dengan cara permulaan dari kesimpulan yang diinginkan dan kemudian baru menelusuri kembali pada bukti-bukti yang ada". Mantan editor Jurnal 'Nature' Philip Ball telah mengatakan bahawa idea yang menyatakan Rogers mengarahkan penelitiannya pada suatu kesimpulan yang telah tercipta sebelumnya adalah "tidak adil" kerana Rogers memiliki "sejarah karya-karya penelitian yang patut dihargai". 

Namun begitu, penelitian pada tahun 2008 di Oxford Radiocarbon Accelerator Unit mungkin merubah pentarikhan tahun 1260-1390 yang sebelumnya diterima, yang menyebabkan pengarah institusi tersebut Christopher Ramsey terpaksa untuk mengundang komuniti ilmuan untuk melakukan pengkajian baru ke atas keaslian kain kafan tersebut. "Dengan perhitungan-perhitungan radiokarbon dan dengan semua bukti yang lain yang kita miliki mengenai kain kafan ini, terlihat adanya suatu konflik dalam tafsiran terhadap bukti-bukti yang berbeza" kata Gordan kepada BBC pada tahun 2008 setelah penelitian yang baru muncul. Walaupun tetap berfikiran terbuka, Christopher Ramsey tetap menekankan bahawa beliau berasa amat terkejut bila hasil pengujian pada tahun 1988 terbukti amat berbeza dengan hasil pengujiannya yang baru-baru ini, apalagi bila perbezaannya dilihat hampir "seribu tahun" kebelakangan.

Pandangan Islam

Pada asasnya umat Islam mempercayai Yesus (Nabi Isa a.s) adalah seorang Rasul dan Nabi serta utusan besar yang diturunkan Allah ke bumi bagi memperkukuhkan ajaran Taurat Nabi Musa a.s. khusus buat Bani Israel; lalu Allah SWT menggangkat Nabi Isa beserta roh dan jasadnya ke sisi Allah, namun apa yang berlaku selepas itu hanya Allah sahaja yang tahu mengenainya. Dalam Islam, Yesus ataupun Nabi Isa adalah manusia biasa dan bukannya jelmaan Tuhan seperti yang digembar-gemburkan oleh penganut Kristian. Nabi Isa cuma diberi nikmat mukjizat yang luar biasa tidak sama seperti mana nikmat yang Allah kurniakan kepada manusia dan hamba-hambanya yang lain.
Berkenaan dengan kematian Isa di tiang salib adalah sesuatu yang bertentangan dengan pandangan Islam, hal ini kerana Nabi Isa sama sekali tidak pernah dihukum di tiang salib dan mati diatasnya. Tetapi yang mati ditiang salib adalah Judas Iscariot mengikut pandangan sebahagian besar masyarakat Islam. Allah telah mengangkat Nabi Isa ketika baginda bertahannuth, bermunajat dan bertaqarrub ke hadrat Illahi ketika baginda di Taman Gethsemane, dan di taman tersebut jugalah Allah telah menukarkan raut wajah Judas Iscariot akan semirip dengan wajah Nabi Isa. Judas seterusnya telah ditangkap oleh bala tentera Rom sebelum dicemuh, diseksa dan dihukum mati di tiang salib. Al-Quran telah menegaskan dalam Surah An-Nisaa ayat 157 & 158 yang bermaksud:

"dan kerana ucapan mereka: "Sesungguhnya kami telah membunuh Al-Masih, Isa putera Maryam, Rasul Allah)", padahal mereka tidak membunuhnya dan tidak (pula) menyalibnya, tetapi (yang mereka bunuh ialah) ialah orang yang diserupakan (Judas Iscariot) dengan Isa bagi mereka. Sesungguhnya orang-orang yang berselisih faham tentang (pembunuhan) Isa, benar-benar dalam keraguan tentang yang dibunuh itu. Mereka tidak mempunyai keyakinan tentang siapa yang dibunuh itu, kecuali mengikuti persangkaan belaka, mereka tidak (pula) yakin bahawa yang mereka bunuh itu adalah Isa". "Tetapi (yang sebenarnya) Allah telah mengangkat Isa kepada-Nya). Dan adalah Allah Maha Perkasa Lagi Maha Bijaksana".

Jika diteliti dari penerangan diatas, sudah pastinya diketahui bahawa kebanyakan Muslim mempercayai bahawa gambar yang terdapat pada Kain Kafan dari Turin pastinya bukan kain kafan milik Nabi Isa. Sebilangan para Ilmuan Islam berpendapat, gambar tubuh dan wajah yang terdapat pada Kain Kafan dari Turin itu adalah milik Judas Iscariot selepas matinya dia di tiang salib. Judas dikatakan telah dibaluti secara erat menggunakan kain kafan tersebut sebelum dia dikebumikan, maka wajahnya tadi telah menompok di atas kafan tersebut. Keadaan kain kafan tersebut dilihat hampir sama dengan sifat kain yang terdapat pada kebanyakan mumia lama. Namun begitu ahli Ilmuan Islam tidak mengganggap wajah tadi adalah mirip dengan wajah Nabi Isa seperti yang digembar-gemburkan oleh sesetengah pihak kerana tiada fakta yang sahih menyokong kenyataan tersebut selepas matinya Judas dan setelah dia dikebumikan.

Walau apapun pandangan yang diterima, Kain Kafan dari Turin tidak boleh dijadikan bahan rujukan dalam menilai kesahihan kematian Nabi Isa di tiang salib dan aktiviti pengkebumiannya dengan kain kafan tersebut. Hal ini kerana Nabi Isa dalam pandangan Islam sudah pasti tidak mati dibunuh ataupun disalib apatah lagi dikebumikan. Jelas dikatakan bahawa Nabi Isa diangkat oleh Allah beserta dengan roh dan jasadnya sekali ke langit Allah. Ada juga kebanyakan dari umat Islam mempercayai cerita berkenaan Kain Kafan dari Turin adalah dibuat-buat oleh penganut dan missionary Kristian yang sengaja untuk mengembar-gemburkan kisah pengebumian Yesus dan kisah Yesus dibangunkan semula selepas hari ketiga meninggalnya dia. Ada diantara mereka umat Islam mempercayai bahawa kain kafan tersebut tidak pernah wujud, kain kafan dari Turin yang diceritakan hanya dongengan dan rekaan semata-mata yang dipenuhi dengan pembohongan, skandal, rasuah, dan penipuan untuk mencari publisiti agama. Tarikh yang diketemukan hasil dari bacaan karbon yang diambil jelas berubah-rubah dan tidak tetap. Apatah ditambah lagi dengan kesan kebakaran yang pernah dilalui oleh Kain Kafan dari Turin tersebut turut menyebabkan kain kafan tersebut penuh dengan kontroversi yang sukar untuk diselesaikan sehingga ke hari ini.

p/s: seronok bce erk..ade pnambahan ilmu baru ari ni..ape kate lau kawan2 try klik2 nuff kt tepi,atas,bawah n angry birds yang ade kt blog ni..(mintak tolong jer...hikhikhik)


Sape2 rase nak domain percuma, boleh la klik sini!!!

Sumber

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...