1-Lantik seorang yang bacaan Al-quran nya baik(dari segi tajwid) untuk membaca surah Yasin dan yang lain boleh bersama-sama menyemak bacaan.
2-Sebaik-baiknya orang yang dilantik itu adalah anak ataupun saudara terdekat yang mempunyai perasaan kasih pada orang yang tengah nazak.
3-Merenung wajah orang tengah nazak sebelum surah Yasin dibaca untuk menimbulkan rasa belas kasihan dan mudah-mudahan surah yang dibaca boleh
membantu memudahkan pencabutan nyawa beliau.
4-Membaca 3 hingga 4 kalimah Surah Yasin,berhenti, dan menolong orang nazak (membisikkan) untuk melafaz "Laa ila ha illallah" bagi memastikan orang nazak tersebut menyandarkan harapannya kepada pencipta asal iaitu Allah.
5-Kemudian menyambung semula bacaan, baca 3 hingga 4 kalimah, berhenti lagi, dan menolong beliau mengucap "Laa ila haillallah" lagi.
6-Diteruskan sehingga lah beliau menghembuskan nafas yang terakhir.
Semoga ini dapat meningkatkan lagi ilmu pengetahuan kita dalam 'membantu' saudara mara atau ibu bapa kita dalam menghadapi sakaratul maut. Dan semoga kita mendapat segala rahmat serta hidayah NYA dalam melakukan amal kebajikan
dengan cara yang betul bukan semata-mata melalui ikutan adat.
Wallahualam....
by: ( بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم )
Klik share untuk berkongsi di wall facebook anda