Relevankah Isu Semasa Dalam Menulis Blog?

Tajuk macam gempak jer kan?? Tapi B_N ni bukanlah seorang yang hebat dalam dunia blogger untuk buat tutorial mahupun memberi tunjuk ajar kepada kawan2 tentang teknik dan kaedah menulis blog yang baik.. Tajuk itu sekadar pemanis atau pelaris jer.. hehehe

Lama jugak la B_N tidak menulis di blog ni... Hari tu B_N sibuk dengan projek ilmiah Ijazah Pendidikan.. Bila projek siap, terpaksa pula fokus untuk peperiksaan akhir semester.. Jadi terpaksalah anak tirikan blog ini buat sementara waktu.. Kalau ada entry pun, sekadar entry biasa tak nak bagi blog ni kosong terlalu lama..


Kini B_N sudah pun menamatkan karier sebagai seorang pelajar.. Sekarang ni sah bergelar penganggur terhormat..  Sesiapa yang mahu cari pekerja, boleh la offer kat B_N yer..hahaha


Sebenarnya B_N kering idea untuk menulis sekarang ni.. Untuk menulis ni perlukan idea yang bagus dan menarik, barula ada orang yang nak masuk dan baca setiap entry yang ditulis.. Kalau idea takde, tulis pun main bantai jer macam entry kali ni, mesti takde sesiapa yang sudi masuk dan baca kan?


Susah untuk mencari idea yang mampu menarik minat orang untuk masuk dan baca entry yang ditulis.. Mungkin kawan2 pernah juga tanya Mr. Google cara untuk menghasilkan entry yang baik.. Betul tak?? Walau sebanyak mana pun entry yang dibaca, namun kalau idea takde, sama juga perginya.. Idea ni kadang-kadang datang masa kita dah tutup lappy.. Tapi bila bukak lappy, idea tu kembali menghilang..

B_N rasa itu lah cabaran yang paling besar dalam dunia blogger.. Bukan B_N sorang jer yang lalaui benda ni.. B_N yakin kawan2 pun lalui benda yang sama.. Tol tak??


Jadi kalau lepas ni kawan2 tengok blog ni lama tak diupdate, itu bermaksud penulis blog ni kekeringan idea untuk menulis dan terus menulis..

Owh yer.. Sebelum terlupa B_N ada buat satu blog menggunakan platforma mywapblog.. B_N cukup tertarik dengan blog dari mywapblog sebab boleh diupdate menggunakan handset buruk B_N.. Sebelum ni B_N pernah cuba untuk mengupdate blog ni menggunakan handset B_N namun sebab handset ni handset buruk jer, tak support blogger la pulak.. Jadi B_N amik keputusan untuk buat satu blog yang khas untuk diupdate menggunakan handset jer.. Kawan2 boleh la jenguk2 kat papankekunci.pun.bz.. Jangan malu jangan segan yer..


hehehehehe...


Jadi last skali B_N nak mintak tolong korang ringankan tangan untuk klik ape yang patut kat blog ni..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...