Jika anda adalah seorang blogger, pelayar atau browser adalah alat yang paling penting buat anda menjalankan minat anda. Setiap blogger mempunyai browser kegemaran masing-masing bergantung kepada kesesuaian dan keselesaan masing-masing.
Namun kadang-kadang mungkin kita pernah terfikir, adakah browser yang betul-betul sesuai untuk seorang blogger? Jika ya, browser apakah yang terbaik?
Untuk menjawab soalan itu, kita perlu melihat secara lebih mendalam apa yang diperlukan oleh seorang blogger dan apa yang mampu disediakan oleh browser yang ada pada masa kini buat blogger.
Apa Yang Blogger Perlukan Dari Browser
Secara umumnya, terdapat lima perkara yang seorang blogger inginkan dari browser yang digunakan untuk melakukan tugas sebagai seorang blogger.
1. Pematuhan Piawaian: Platform blogger dibina di atas satu piawaian yang telah ditetapkan dan sesuatu yang lebih maju iaitu CODE. Secara khususnya pelayar yang akan digunakan untuk seorang blogger harus menyokong JavaScript kerana ianya amat penting untuk memudahkan kerja seorang blogger seperti untuk memuat naik imej dan media lain.
2. Sokongan Plugin: Seorang blogger pasti memerlukan beberapa tahap sokongan plugin, khusunya Adobe Flash dan mungkin beberapa plugin sokongan yang lain.
3. Pembetulan Ejaan: Secara jelasnya, mana-mana blogger pasti mahu menggunakan perkataan yang betul untuk keselesaan pembaca yang memasuki blog yang ditulisnya. Oleh itu, amat penting bagi mendapatkan satu browser yang menyokong pembetulan ejaan bagi setiap perkataan yang ditulis.
4. Tabbed Browsing Yang Mantap: Pencarian dan penyelidikan adalah amat penting bagi menghasilkan satu entri yang baik dan berguna buat pembaca. Hal ini bermaksud, browser yang dipilih harus mantap apabila kita membuka banyak tab untuk memastikan browser tidak crash atau freeze. Sekiranya hal ini berlaku, ia pasti akan membantutkan persediaan seorang blogger untuk membuat kajian yang lebih baik.
5. Kelajuan dan Stabiliti: Akhir sekali, mana-mana browser yang kita guna, pastikan ianya laju dan stabil. Blogger tidak memerlukan sebuah browser yang tidak mampu menahan beban kerja yang sepatutnya. Contohnya, anda pasti tidak mahu browser crash ketika anda sedang menaip entri. Walaupun ianya tidak menghilangkan kerja menaip anda, namun ia sedikit sebanyak akan mengurangkan semangat anda untuk terus berblogging.
Kelima-lima perkara yang disenaraikan di atas biasanya sudah ada dalam mana-mana pelayar yang anda gunakan.
Malah, secara teorinya, semua ini adalah ciri-ciri yang agak standard untuk setiap pelayar yang ada pada masa kini.
Pemilihan Browser yang Sesuai
Bersesuaian dengan tajuk artikel ini, kita akan hanya akan melihat kepada lima browser yang utama iaitu Internet Explorer, Google Chrome, Firefox, Safari dan Opera.
Kelima-lima browser ini mempunyai kekuatan dan kelemahan tersendiri. Sebagai contoh, Firefox mempunyai banyak add-ons dan extension yang tidak terdapat pada browser lain. Chrome mempunyai pengurusan tab yang mantap dan secara umumnya dilihat sebagai browser terpantas buat masa kini. Opera pula mempunyai mel klien yang padu dan mempunyai fungsi Turbo untuk membantu melayari pada internet diwaktu kita mempunyai sambungan internet yang perlahan. Safari dan Internet Explorer pula merupakan pelayar asas dalam operating sistem dan ia mudah diakses di mana-mana sahaja.
Secara ringkas, kesemuanya mempunyai kelebihan masing-masing. Dan bagi seorang blogger ia pasti akan mendapatkan yang terbaik antara yang terbaik.
Perkara terbaik yang anda boleh lakukan adalah dengan mencuba setiap pelayar yang ada. Cuba gunakan browser yang dinyatakan untuk beberapa jam sebagai pelayar utama dan lihat hasil kerja browser yang anda gunakan. Adakah anda menyukai bentuknya? Bagaimana kestabilannya? Berapa pantaskah kerja yang boleh dilakukan? dan sebagainya.
Untuk mendapatkan hasil yang lebih menarik, cuba tulis artikel dengan setiap browser yang diuji. Secara tidak langsung, perbezaan dari segi kepantasan dan faedah akan dapat dirasai sendiri.
Sepanjang mencuba setiap pelayar, ambil masa untuk melihat gerak kerja setiap pelayar dari segi add-ons dan extension bagi setiap browser dan juga untuk melihat browser mana yang lebih membantu anda untuk berblogging dengan cepat. Bermula dari pembetulan ejaan sehingga tools screen capture yang baik, anda harus mencari beberapa tool yang berguna untuk browser anda.
Kesimpulannya, setiap blogger memerlukan pelayar yang bagus dan pantas untuk memastikan setiap kerja yang dilakuka memberi kepuasan kepada blogger itu sendiri dan juga pembaca. Jadi pemilihan pelayar yang sesuai adalah sangat penting bagi seorang penulis blog.
Klik share untuk berkongsi di wall facebook anda