Jawapan Buat ORANG TU yang Memperlekehkan Aurat

Pembahasan tentang masalah aurat wanita Islam tidak pernah sunyi dari diperkatakan. Malangnya, apa yang mendukacitakan adalah sering kali penjelasan tentangnya tidak berlandaskan nas yang sahih sebaliknya hanyalah takwilan yang dilatari hawa nafsu serta kebencian kepada sumber yang qat’ie. Sebahagian kaum Muslimah yang telah dirasuk pemikiran kufur turut mempertikaikan kewajaran pemakaian tudung yang juga dipanggil ‘hijab’ dengan menganggap menutup kepala sebagai menutup akal. Contoh golongan ini adalah seperti Pengurus Program Sisters In Islam (SIS), Norhayati Kaprawi dalam sesi dialog Islam Liberal di Hotel Selesa, Pasir Gudang yang berkata bahawa pakaian taqwa itu lebih baik dari menutup aura.

Dan semalam B_N juga ada membuat satu artikel berkaitan dengan aurat wanita yang bertajuk

ALASAN YG PALING POPULAR BG WANITA YG ENGGAN MENUTUP AURAT

 Hasil daripada artikel tersebut, B_N amat terkejut bila ada satu komen yang dilihat agak kasar menentang apa yang telah dikongsikan oleh B_N. Ini adalah antara komen yang B_N terima.....

+

+

+

+

+

+

+

Macam mana? Mesti ada yang terkejut dan mesti juga ada yang anggap ni perkara biasa pada zaman sekarang ni kan?

Di sini ada dua soalan yang ditanya oleh ORANG TU.

1) Ayat Quran mana suruh pakai tudung?

2) Aurat tu siapa tentukan?


Agak-agak kawan-kawan boleh jawab tak soalan ORANG TU?

Ok la. B_N akan jawab kedua-dua soalan ni sekaligus yer..

Aurat wanita adalah seluruh anggota tubuhnya kecuali wajah dan dua telapak tangannya. Leher dan rambutnya adalah aurat di hadapan lelaki ajnabi (bukan mahram) walaupun sehelai. Pendek kata, dari hujung rambut sampai hujung kaki kecuali wajah dan dua telapak tangan adalah aurat yang wajib ditutup. Hal ini berlandaskan firman Allah Subhanahu wa Ta’ala,

Dan janganlah mereka menampakkan perhiasannya, kecuali yang (biasa) nampak darinya.” [TMQ An-Nur (24):31].

Ibnu Jarir Ath-Thabari (wafat 310H) menjelaskan dalam kitab tafsirnya, Jami Al-Bayan fi Tafsir Al-Qur`an Juz XVIII ms 84, mengenai apa yang di maksud “kecuali yang (biasa) nampak darinya (illaa maa zhahara minha)”, katanya, pendapat yang paling mendekati kebenaran adalah yang mengatakan bahawa, yang dimaksudkan (dalam ayat di atas) adalah wajah dan dua telapak tangan. 

Berdasarkan pengertian ini, jelaslah bahawa yang diwajibkan ke atas wanita adalah mengenakan pakaian yang satu (sekeping) yang lurus dari atas hinggalah ke bawah, yakni hingga ke mata kaki. Maksud milhafah/mula’ah (Arab) adalah pakaian yang dikenakan sebagai pakaian luar [di dalamnya masih ada pakaian dalam (pakaian rumah) atau pakaian sehari-hari tetapi bukan hanya coli dan seluar dalam] lalu diulurkan ke bawah hingga menutupi kedua mata kakinya. Untuk pakaian atas, wanita disyariatkan/diwajibkan memakai “khimar” iaitu tudung atau apa sahaja bahan/kain yang serupa dengannya yang berfungsi menutupi seluruh kepala, leher, dan lubang leher baju di dada.

Dalil mengenai wajibnya mengenakan pakaian bahagian atas (khimar/tudung) adalah Firman Allah,

Hendaklah mereka menutupkan kain tudung ke dada mereka” [TMQ An-Nur (24):31].

Pakaian jenis ini (jilbab dan khimar) wajib dipakai oleh seorang Muslimah (yang telah baligh) apabila hendak keluar menuju ke pasar-pasar atau berjalan melalui jalanan umum. Setelah memakai kedua jenis pakaian ini (jilbab dan khimar) maka barulah dibolehkan baginya keluar dari rumahnya menuju ke kehidupan am tanpa sebarang dosa. Jika tidak, maka dia tidak boleh (haram) keluar dari rumah kerana perintah yang menyangkut kedua jenis pakaian ini datang dalam bentuk yang umum, dan tetap dalam keumumannya dalam semua keadaan. Mana-mana wanita yang telah baligh dan melanggar ketetapan Allah ini, maka berdosalah mereka dan layak mendapat seksa Allah di akhirat nanti.


Ini adalah jawapan kepada kedua-dua soalan yang ditanya oleh ORANG TU. Memang ada ayat Al-Quran yang memerintahkan wanita muslim bertudung. Bila dah ada dalam Al-Quran, maknanya kita dah dapat jawab soalan kedua, SIAPA YANG TENTUKAN AURAT..jawapannya ALLAH SWT.


"Bodoh! Berlagak alim, padahal kau tu kaki blue."

Ni pulak bentuk kenyataan ataupun FITNAH yang dilemparkan oleh ORANG TU ke atas B_N. Di sini B_N nak tegaskan bahawa B_N tidak sekali-kali cuba berlagak alim. B_N hanya ingin berkongsi satu ilmu yang B_N rasa amat penting untuk kita semua. Dan ini juga adalah sebahagian daripada dakwah. Nabi kita juga pernah bersabda "Sampaikanlah walau hanya sepotong ayat." B_N rasa tak salah kalau B_N cuba share artikel ni dekat kawan-kawan dan tidak ada terlintas sedikit pun untuk tunjuk ALIM.

Setakat ni sajalah B_N nak tulis hari ni.. Maaflah kalau ade terguris hati rakan-rakan sepanjang B_N berblogging.


harapan B_N agar ORANG TU baca jawapan dari B_N ni..


Akhir kata ASSALAMUALAIKUM..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...