Final Piala Malaysia 2011 | Video Pergaduhan Penyokong di Luar Stadium


Jawapan Buat ORANG TU yang Memperlekehkan Aurat

Pembahasan tentang masalah aurat wanita Islam tidak pernah sunyi dari diperkatakan. Malangnya, apa yang mendukacitakan adalah sering kali penjelasan tentangnya tidak berlandaskan nas yang sahih sebaliknya hanyalah takwilan yang dilatari hawa nafsu serta kebencian kepada sumber yang qat’ie. Sebahagian kaum Muslimah yang telah dirasuk pemikiran kufur turut mempertikaikan kewajaran pemakaian tudung yang juga dipanggil ‘hijab’ dengan menganggap menutup kepala sebagai menutup akal. Contoh golongan ini adalah seperti Pengurus Program Sisters In Islam (SIS), Norhayati Kaprawi dalam sesi dialog Islam Liberal di Hotel Selesa, Pasir Gudang yang berkata bahawa pakaian taqwa itu lebih baik dari menutup aura.

Dan semalam B_N juga ada membuat satu artikel berkaitan dengan aurat wanita yang bertajuk

ALASAN YG PALING POPULAR BG WANITA YG ENGGAN MENUTUP AURAT

 Hasil daripada artikel tersebut, B_N amat terkejut bila ada satu komen yang dilihat agak kasar menentang apa yang telah dikongsikan oleh B_N. Ini adalah antara komen yang B_N terima.....

+

+

+

+

+

+

+

Macam mana? Mesti ada yang terkejut dan mesti juga ada yang anggap ni perkara biasa pada zaman sekarang ni kan?

Di sini ada dua soalan yang ditanya oleh ORANG TU.

1) Ayat Quran mana suruh pakai tudung?

2) Aurat tu siapa tentukan?


Agak-agak kawan-kawan boleh jawab tak soalan ORANG TU?

Ok la. B_N akan jawab kedua-dua soalan ni sekaligus yer..

Aurat wanita adalah seluruh anggota tubuhnya kecuali wajah dan dua telapak tangannya. Leher dan rambutnya adalah aurat di hadapan lelaki ajnabi (bukan mahram) walaupun sehelai. Pendek kata, dari hujung rambut sampai hujung kaki kecuali wajah dan dua telapak tangan adalah aurat yang wajib ditutup. Hal ini berlandaskan firman Allah Subhanahu wa Ta’ala,

Dan janganlah mereka menampakkan perhiasannya, kecuali yang (biasa) nampak darinya.” [TMQ An-Nur (24):31].

Ibnu Jarir Ath-Thabari (wafat 310H) menjelaskan dalam kitab tafsirnya, Jami Al-Bayan fi Tafsir Al-Qur`an Juz XVIII ms 84, mengenai apa yang di maksud “kecuali yang (biasa) nampak darinya (illaa maa zhahara minha)”, katanya, pendapat yang paling mendekati kebenaran adalah yang mengatakan bahawa, yang dimaksudkan (dalam ayat di atas) adalah wajah dan dua telapak tangan. 

Berdasarkan pengertian ini, jelaslah bahawa yang diwajibkan ke atas wanita adalah mengenakan pakaian yang satu (sekeping) yang lurus dari atas hinggalah ke bawah, yakni hingga ke mata kaki. Maksud milhafah/mula’ah (Arab) adalah pakaian yang dikenakan sebagai pakaian luar [di dalamnya masih ada pakaian dalam (pakaian rumah) atau pakaian sehari-hari tetapi bukan hanya coli dan seluar dalam] lalu diulurkan ke bawah hingga menutupi kedua mata kakinya. Untuk pakaian atas, wanita disyariatkan/diwajibkan memakai “khimar” iaitu tudung atau apa sahaja bahan/kain yang serupa dengannya yang berfungsi menutupi seluruh kepala, leher, dan lubang leher baju di dada.

Dalil mengenai wajibnya mengenakan pakaian bahagian atas (khimar/tudung) adalah Firman Allah,

Hendaklah mereka menutupkan kain tudung ke dada mereka” [TMQ An-Nur (24):31].

Pakaian jenis ini (jilbab dan khimar) wajib dipakai oleh seorang Muslimah (yang telah baligh) apabila hendak keluar menuju ke pasar-pasar atau berjalan melalui jalanan umum. Setelah memakai kedua jenis pakaian ini (jilbab dan khimar) maka barulah dibolehkan baginya keluar dari rumahnya menuju ke kehidupan am tanpa sebarang dosa. Jika tidak, maka dia tidak boleh (haram) keluar dari rumah kerana perintah yang menyangkut kedua jenis pakaian ini datang dalam bentuk yang umum, dan tetap dalam keumumannya dalam semua keadaan. Mana-mana wanita yang telah baligh dan melanggar ketetapan Allah ini, maka berdosalah mereka dan layak mendapat seksa Allah di akhirat nanti.


Ini adalah jawapan kepada kedua-dua soalan yang ditanya oleh ORANG TU. Memang ada ayat Al-Quran yang memerintahkan wanita muslim bertudung. Bila dah ada dalam Al-Quran, maknanya kita dah dapat jawab soalan kedua, SIAPA YANG TENTUKAN AURAT..jawapannya ALLAH SWT.


"Bodoh! Berlagak alim, padahal kau tu kaki blue."

Ni pulak bentuk kenyataan ataupun FITNAH yang dilemparkan oleh ORANG TU ke atas B_N. Di sini B_N nak tegaskan bahawa B_N tidak sekali-kali cuba berlagak alim. B_N hanya ingin berkongsi satu ilmu yang B_N rasa amat penting untuk kita semua. Dan ini juga adalah sebahagian daripada dakwah. Nabi kita juga pernah bersabda "Sampaikanlah walau hanya sepotong ayat." B_N rasa tak salah kalau B_N cuba share artikel ni dekat kawan-kawan dan tidak ada terlintas sedikit pun untuk tunjuk ALIM.

Setakat ni sajalah B_N nak tulis hari ni.. Maaflah kalau ade terguris hati rakan-rakan sepanjang B_N berblogging.


harapan B_N agar ORANG TU baca jawapan dari B_N ni..


Akhir kata ASSALAMUALAIKUM..

ALASAN YG PALING POPULAR BG WANITA YG ENGGAN MENUTUP AURAT


Hari ni kita tengok ramai wanita-wanita ISLAM yang suka-suki jer mendedahkan aurat mereka kepada bukan muhrim..Kalau kita tegur, mesti ade jer alasan yang diorang bagi..tak nak hipokrit lah, tak selesa lah, itu lah, ini lah...Lepas ni kalau ade kawan-kawan kita yang tak tutup aurat, pas tu bagi 1001 macam alasan kat kita, balas balik kat dia macam yang B_N dah tuliskan ni..Selamat membaca...

1. Semua yang tutup aurat, kompom masuk syurga ke ?? > Dik yang pasti, tak tutup aurat, CONFIRM masuk neraka.

2. Pakai jarang ke ketat ke, itu hak kami. Kalau tak suka jangan tengok > Dah lalu lalang depan mata, Suka tak suka kene tengok gak. Adakah kita berani menjamin bahawa semua lelaki ajnabi mempunyai hati suci & iman yang tinggi untuk menahan godaan syaitan ?

3. Kami rasa apa yg kami pakai tak seksi. Terpulang kepada individu yg memandang kami. > Seksi @ tidak, kita tetap berdosa walaupun hanya menayang sehelai rambut .

4.Walau kami tak bertudung, kami tetap sembahyang & puasa. Kita yakinkah,ibadat kita,puasa kita sudah cukup untuk menjamin kita ke syurga?

5. Sukahati kamilah nak pakai macam ni. Kami tak susahkan hidup orang lain.Anda sebenarnya dah susahkan bapa, abang, adik, suami serta orang lain dengan menarik mereka ke neraka bersama anda disebabkan mereka tidak menegur dan gagal mendidik anda.

6. Apa yg kami pakai, ini antara kami dengan Tuhan. Berani cakap di dunia, berani ke cakap macam tu depan Allah nanti? Lawan perintah Allah, Neraka tempatnya.

7.Kami pakai seksi macam ni, sebab ikut arahan photographer/pengarah filem untuk disesuaikan dalam scene. (ayat artis) > Sanggup patuh arahan mereka yg hanya manusia daripada patuh suruhan Allah?

8. Bukan kami tak mahu menutup aurat, cuma masih belum sampai seru. Macam ne seru tu. Nasihat yang di beri tu seru ler. Nak seru macam ne lagi.?? Mati tidak mengenal usia. takut kita tak sempat nak bertaubat nanti.

9. Takkan nak buat perubahan secara drastik? Slow-slow la. Boleh ke cakap kat Malaikat Izrail nanti, tunggu kejap! Lepak la dulu. Jgn ambil lagi nyawa aku.

10. Tutup aurat tu bagus tapi kami tidak mahu hipokrit kerana tidak ikhlas melakukannya. Kalau begitu anda sebenarnya memang hipokrit . Ikhlas ke tak Ikhlas lain cerita ,yg penting WAJIP buat.

Sekadar teguran buat diri yg alpa,tanpa terniat untuk menyakiti sesiapa. Teguran menunjukkan tanda sayang orang terhadap kita. Dalam hidup jangan jadikan alasan tu satu halangan. Alasan di beri merupakan halangan dalam hidup kita untuk tidak mencapai kejayaan di dunia dan di akhirat. Islam Indah dan merupakan kejayaan dalam kehidupan.

Macam mana??
Ade berani nak balas cam ni kat kawan-kawan kita??
Tepuk dada, tanya IMAN yer...
Selamat mencuba dan selamat beramal..


p/s: sebelum tegur orang lain, tengok diri kita dulu..hehe

7 Perempuan 1 Lelaki

Apa khabar semua.. dah lama B_N tak menuliskan..bukan apa, sebab line internet B_N slow sikit 2 3 hari ni..B_N guna p1Wimax..so, bila dah habis kuota jadi slow la..kene tunggu 2 3 hari lagi baru ok kot..ape2 pon thanks kat kawan-kawan yang masih sudi singgah ke rumah B_N yer..


Ok ari ni B_N nk share satu artikel yang agak menarik untuk dikongsi..Jadi, lepas baca jangan lupa komen..pas 2 lau nk share pon boleh..tak payah mintak kebenaran B_N dulu pun takpe...




Ni kisahnyer....

Kaum feminin cakap “susah jadi wanita”, mereka telah digoda dan diperdaya oleh syaitan dan hawa nafsunya sendiri, seperti yang kita lihat dialog dibawah, bagaikan mempersoalkan ketentuan Allah terhadap mereka. Dengan kata lain yang agak kasar, Allah berat sebelah pada kaum wanita.

Keluhan remaja perempuan A:
“Aduh, situ tutup, sini tutup. Susah la gini. Apasal laki-laki mudah saja. Tak pakai baju pun takpe. Perempuan auratnya lagi banyak.”

Keluhan isteri A:
“Kenapa la kita para isteri ni nak keluar kena minta izin dari suami kita, padahal suami kita nak keluar kemana-mana pun tak bagitau kita takpe pulak.”

Keluhan remaja perempuan B:
“Jika kita ikut faraid dalam hal pusaka, rugilah kita. Sebab bahagian harta pusaka perempuan lagi sedikit berbanding harta yang anak lelaki dapat. Kami mahu keadilan!”

Keluhan isteri B:
“Kenapa Allah jadikan wanita mengandung dan rasa sakitnya nak melahirkan anak. Suami kita rileks saja? Masa buat anak carilah kita, masa nak beranak kita tanggung sendiri!”

Keluhan isteri C:
“Islam kata kita perempuan wajib taat pada suami, tapi ada Islam cakap suami perlu taat pada isterinya? Mana keadilan pada kaum hawa?”

Keluhan isteri D:
“Bila nak cerai je, suami yang boleh jatuhkan talak. Kenapa isteri tak bolek ceraikan suaminya? Kenapa?”

Keluhan remaja perempuan C:
“Wanita takleh nak beribadat macam lelaki, sebab bila kita ada haid dan nifas, takleh nak solat dan puasa. Ingat perempuan ni suka ke tak solat dan puasa?”.

Dan kemudian datanglah pertubuhan dan organisasi yang membela kaum wanita, dan menuntut hak samarata antara gender, mengekploitasi fahaman wanita yang terjejas akidahnya dek kerana disogok pertanyaan. Kaum lelaki pula cakap, “Ah, mujur aku ni lelaki!”

Tunggu..! Istigfarlah pada wanita yang ada perasaan seperti di atas. Mujur ada seorang lelaki yang bukanlah seorang ustaz namun amat yakin bahawa Allah itu Maha Adil. Dia tidak mampu menuturkan sabda Rasulullah s.a.w dan petikan dari ayat Al-Quran, namun dengan keimanan dan ilmu sedikit yang dia ada ,diolah sebaiknya untuk menjawab soalan-soalan melampau itu.

Lelaki beriman menjawab keluhan remaja perempuan A:
“Cik adik, Islam lah yang mengangkat aurat wanita. Benda yang mahal harganya akan dijaga dan dibelai serta disimpan ditempat yang teraman dan terbaik. Awak ada emas dan permata, adakah awak nak letak terdedah ditepi laluan lalu lalang atau disimpan dirumah agar tiada siapa melihat perhiasan itu? Ok, jika awak letakkan perhiasan tadi dikalangan orang, agaknya apa akan jadi dengan barang perhiasan tadi? Lelaki, yang utama hanyalah bawah pusat ke lutut tapi awak? Saya tidak dapat melihat kulit anda pun kecuali muka dan tangan! Awak tak mungkin akan terangsang nafsu tengok saya hanya berseluar pendek ke lutut kan? Tapi kalau sebaliknya, jangankan saya, tapi tok imam pun akan tercabut serbannya jika tengok awak pakai hanya seluar pendek!”

Lelaki beriman menjawab keluhan isteri A:
“Ok, isteri perlu taat pada suami. Jadi, lelaki apa? Suami perlu wajib taat juga kepada ibunya tiga kali lebih utama dari ayahnya, walaupun dia sudah berkeluarga. Isteri tidak perlu lagi, taatnya hanya pada suami. Kenapa awak perlu taat pada suami? Kerana suami kalian lah yang menanggung dosa yang kalian lakukan!”

Lelaki beriman menjawab keluhan remaja perempuan B:
“Betul ke wanita menerima warisan pusaka lagi sedikit daripada lelaki? Tapi kan, harta itu memang hak untuk wanita itu dan dia berhak lakukan apa saja yang dia mahu. Shh.. jangan kongsi dengan sape-sape walaupun suami. Tak kesian pada lelaki ke, dia perlu membahagikan harta pusaka itu kepada isteri dan anak-anaknya. Kalau isteri dia ramai, anak dia ramai, harta pulak secebis, tak merasa lah jawabnya!”

Lelaki beriman menjawab Keluhan isteri B:
“Tahniah la sebab awak dapat mengandung dan melahirkan. Setiap kali awak begitu, wanita itu didoakan oleh sekalian makhluk dan malaikat! Beruntungnya awak! Andaikan awak meninggal pula masa beranak tu, percayalah… itu mati syahid dan ganjarannya syurga. Ya, syurga menanti awak malah beranak 15 kali pun sihat sampai ke tua! Sebab tu tak ramai orang wanita meninggal masa melahirkan !”

Lelaki beriman menjawab Keluhan isteri C:
“Akhirat nanti, saya dan lelaki lain didunia ini akan diminta bertanggungjawab keatas empat jenis wanita. Siapa? Mereka ialah isteri saya, ibu saya, anak perempuan saya dan adik perempuan saya. Tahu maksudnya? Awak nanti di akhirat, awak akan dibantu oleh empat lelaki! Siapa mereka? Mereka ialah suami, ayah, adik atau abang malah anak lelaki awak!”

Lelaki beriman menjawab Keluhan remaja perempuan C:
“Nak beribadat macam lelaki? Ingat mudah ke nak dapat syurga? Sedarlah, awak sebagai wanita boleh masuk sebarang pintu syurga yang awak sukai. Ya, dah la syurga, ada pilihan pula hanya dengan empat cara. Apa itu? Solat lima waktu, berpuasa bulan Ramadhan, menjaga kehormatan dan tahu apa satu lagi? Taat pada suami awak. Itu saja asasnya!”

Lelaki beriman menjawab Keluhan isteri D:
“Saya, seorang lelaki wajib berjihad fisabilillah. Awak, seorang wanita jika taat akan suaminya,dan menunaikan tanggungjawabnya kepada Allah, maka awak akan turut menerima pahala setara seperti pahala orang pergi berjihad fisabilillah tanpa perlu mengangkat senjata!”

Lelaki beriman bertanya:
“Sebenarnya, apa lagi yang awak mahu, wahai kaum hawa?”

Namun, wanita-wanita tadi menangis dan salah seorangnya berkata;
“MasyaAllah, sayangnya Allah pada wanita, namun kami sendiri yang mengheret diri ke neraka yang mana ramainya kaum kami berbanding kaum lelaki!”

Demikianlah dialog wanita-wanita yang curiga itu dengan seorang lelaki biasa namun beriman.

Musuh Islam tidak akan berhenti melakukan segala upaya, sampai kita ikut dan tunduk kepada cara-cara dan peraturan yang dipromosikan dan diperjuangkan mereka.

Allah, yang menciptakan kita, maka sudah pasti Dia yang Maha Tahu pada manusia, sehingga segala hukumNya malah peraturanNya, tentulah yang terbaik bagi manusia dibandingkan dengan segala peraturan yang dicipta manusia.

Wahai lelaki, jagalah isterimu kerana dia perhiasan, pakaian dan ladangmu, sebagaimana Rasulullah s.a.w pernah mengajarkan agar kaum lelaki berbuat baik selalu (lembut) terhadap isteri anda sekalian.

Berbahagialah wahai para muslimah. Tunaikan dan menegakkan agamamu, nescaya syurga menanti...

Siapakah yang lantang membuat persamaan gender didunia? Siapakah yang lantang di Malaysia? Renungkan sejenak konspirasi tersebut.

Mana MAK!


Jam 6.30 petang.

Mak berdiri di depan pintu. Wajah Mak kelihatan resah. Mak tunggu adik bungsu balik dari sekolah agama.

Ayah baru balik dari sawah.

Ayah tanya Mak, “Along mana?’

Mak jawab, “Ada di dapur tolong siapkan makan.”

Ayah tanya Mak lagi,” Angah mana?”

Mak jawab, “Angah mandi, baru balik main bola.”

Ayah tanya Mak, “Ateh mana?”

Mak jawab, “Ateh, Kak Cik tengok tv dengan Alang di dalam?”

Ayah tanya lagi, “Adik dah balik?”

Mak jawab, “Belum. Patutnya dah balik. Basikal adik rosak kot. Kejap lagi kalau tak balik juga jom kita pergi cari Adik.”

Mak jawab soalan ayah penuh yakin. Tiap-tiap hari ayah tanya soalan yang sama. Mak jawab penuh perhatian. Mak ambil berat di mana anak-anak Mak dan bagaimana keadaan anak-anak Mak setiap masa dan setiap ketika.

Dua puluh tahun kemudian

Jam 6.30 petang

Ayah balik ke rumah. Baju ayah basah. Hujan turun sejak tengahari.

Ayah tanya Along, “Mana Mak?”

Along sedang membelek-belek baju barunya. Along jawab, “Tak tahu.”

Ayah tanya Angah, “Mana Mak?”

Angah menonton tv. Angah jawab, “Mana Angah tahu.”

Ayah tanya Ateh, “Mana Mak?”

Ayah menunggu lama jawapan dari Ateh yang asyik membaca majalah.

Ayah tanya Ateh lagi, "Mana Mak?"

Ateh menjawab, “Entah.”

Ateh terus membaca majalah tanpa menoleh kepada Ayah.

Ayah tanya Alang, “Mana Mak?”

Alang tidak jawab. Alang hanya mengoncang bahu tanda tidak tahu.


Ayah tidak mahu tanya Kak Cik dan Adik yang sedang melayan facebook. Ayah tahu yang Ayah tidak akan dapat jawapan yang ayah mahu.

Tidak ada siapa tahu di mana Mak. Tidak ada siapa merasa ingin tahu di mana Mak. Mata dan hati anak-anak Mak tidak pada Mak. Hanya mata dan hati Ayah yang mencari-cari di mana Mak.

Tidak ada anak-anak Mak yang tahu setiap kali ayah bertanya, "Mana Mak?"

Tiba-tiba adik bungsu bersuara, “Mak ni dah senja-senja pun merayap lagi. Tak reti nak balik!!”

Tersentap hati Ayah mendengar kata-kata Adik.

Dulu anak-anak Mak akan berlari mendakap Mak apabila balik dari sekolah. Mereka akan tanya "Mana Mak?" apabila Mak tidak menunggu mereka di depan pintu.

Mereka akan tanya, "Mana Mak." Apabila dapat nombor 1 atau kaki melecet main bola di padang sekolah. Mak resah apabila anak-anak Mak lambat balik. Mak mahu tahu di mana semua anak-anaknya berada setiap waktu dan setiap ketika.

Sekarang anak-anak sudah besar. Sudah lama anak-anak Mak tidak bertanya 'Mana Mak?"

Semakin anak-anak Mak besar, soalan "Mana Mak?" semakin hilang dari bibir anak-anak Mak .

Ayah berdiri di depan pintu menunggu Mak. Ayah resah menunggu Mak kerana sudah senja sebegini Mak masih belum balik. Ayah risau kerana sejak akhir-akhir ini Mak selalu mengadu sakit lutut.

Dari jauh kelihatan sosok Mak berjalan memakai payung yang sudah uzur. Besi-besi payung tercacak keluar dari kainnya. Hujan masih belum berhenti. Mak menjinjit dua bungkusan plastik. Sudah kebiasaan bagi Mak, Mak akan bawa sesuatu untuk anak-anak Mak apabila pulang dari berjalan.

Sampai di halaman rumah Mak berhenti di depan deretan kereta anak-anak Mak. Mak buangkan daun-daun yang mengotori kereta anak-anak Mak. Mak usap bahagian depan kereta Ateh perlahan-lahan. Mak rasakan seperti mengusap kepala Ateh waktu Ateh kecil. Mak senyum. Kedua bibir Mak diketap repat. Senyum tertahan, hanya Ayah yang faham. Sekarang Mak tidak dapat lagi merasa mengusap kepala anak-anak seperti masa anak-anak Mak kecil dulu. Mereka sudah besar. Mak takut anak Mak akan menepis tangan Mak kalau Mak lakukannya.

Lima buah kereta milik anak-anak Mak berdiri megah. Kereta Ateh paling gah. Mak tidak tahu pun apa kehebatan kereta Ateh itu. Mak cuma suka warnanya. Kereta warna merah bata, warna kesukaan Mak. Mak belum merasa naik kereta anak Mak yang ini.

Baju mak basah kena hujan. Ayah tutupkan payung mak. Mak bagi salam. Salam Mak tidak berjawab. Terketar-ketar lutut Mak melangkah anak tangga. Ayah pimpin Mak masuk ke rumah. Lutut Mak sakit lagi.

Mak letakkan bungkusan di atas meja. Sebungkus rebung dan sebungkus kueh koci pemberian Mak Uda untuk anak-anak Mak. Mak Uda tahu anak-anak Mak suka makan kueh koci dan Mak malu untuk meminta untuk bawa balik. Namun raut wajah Mak sudah cukup membuat Mak Uda faham.

Semasa menerima bungkusan kueh koci dari Mak Uda tadi, Mak sempat berkata kepada Mak Uda, "Wah berebutlah budak-budak tu nanti nampak kueh koci kamu ni."

Sekurang-kurangnya itulah bayangan Mak. Mak bayangkan anak-anak Mak sedang gembira menikmati kueh koci sebagimana masa anak-anak Mak kecil dulu. Mereka berebut dan Mak jadi hakim pembuat keputusan muktamat. Sering kali Mak akan beri bahagian Mak supaya anak-anak Mak puas makan. Bayangan itu sering singgah di kepala Mak.

Ayah suruh Mak tukar baju yang basah itu. Mak akur.

Selepas Mak tukar baju, Ayah iring Mak ke dapur. Mak ajak anak-anak Mak makan kueh koci. Tidak seorang pun yang menoleh kepada Mak. Mata dan hati anak-anak Mak sudah bukan pada Mak lagi.

Mak hanya tunduk, akur dengan keadaan.

Ayah tahu Mak sudah tidak boleh mengharapkan anak-anak melompat-lompat gembira dan berlari mendakapnya seperti dulu.

Ayah temankan Mak makan. Mak menyuap nasi perlahan-lahan, masih mengharapkan anak-anak Mak akan makan bersama. Setiap hari Mak berharap begitu. Hanya Ayah yang duduk bersama Mak di meja makan setiap malam.

Ayah tahu Mak penat sebab berjalan jauh. Siang tadi Mak pergi ke rumah Mak Uda di kampung seberang untuk mencari rebung. Mak hendak masak rebung masak lemak cili api dengan ikan masin kesukaan anak-anak Mak.

Ayah tanya Mak kenapa Mak tidak telepon suruh anak-anak jemput. Mak jawab, "Saya dah suruh Uda telepon budak-budak ni tadi. Tapi Uda kata semua tak berangkat."

Mak minta Mak Uda telepon anak-anak yang Mak tidak boleh berjalan balik sebab hujan. Lutut Mak akan sakit kalau sejuk. Ada sedikit harapan di hati Mak agar salah seorang anak Mak akan menjemput Mak dengan kereta. Mak teringin kalau Ateh yang datang menjemput Mak dengan kereta barunya. Tidak ada siapa yang datang jemput Mak.

Mak tahu anak-anak mak tidak sedar telepon berbunyi. Mak ingat kata-kata ayah, “Kita tak usah susahkan anak-anak. Selagi kita mampu kita buat saja sendiri apa-apa pun. Mereka ada kehidupan masing-masing. Tak payah sedih-sedih. Maafkan sajalah anak-anak kita. Tak apalah kalau tak merasa menaiki kereta mereka sekarang. Nanti kalau kita mati kita masih ada peluang merasa anak-anak mengangkat kita kat bahu mereka.”

Mak faham buah hati Mak semua sudah besar. Along dan Angah sudah beristeri. Ateh, Alang, Kak Cik dan Adik masing-masing sudah punya buah hati sendiri yang sudah mengambil tempat Mak di hati anak-anak Mak.

Pada suapan terakhir, setitik air mata Mak jatuh ke pinggan.

Kueh koci masih belum diusik oleh anak-anak Mak.

Beberapa tahun kemudian

Mak Uda tanya Along, Angah, Ateh, Alang, Kak Cik dan Adik, “Mana mak?”.

Hanya Adik yang jawab, “Mak dah tak ada.”

Along, Angah, Ateh, Alang, Kak Cik dan Adik tidak sempat melihat Mak waktu Mak sakit.

Kini Mak sudah berada di sisi Tuhannya bukan di sisi anak-anak Mak lagi.

Dalam isakan tangis, Along, Angah, Ateh, Alang, Kak Cik dan Adik menerpa kubur Mak. Hanya batu nisan yang berdiri terpacak. Batu nisan Mak tidak boleh bersuara. Batu nisan tidak ada tangan macam tangan Mak yang selalu memeluk erat anak-anaknya apabila anak-anak datang menerpa Mak semasa anak-anak Mak kecil dulu.

Mak pergi semasa Along, Angah, Ateh, Alang, Kak Cik dan Adik berada jauh di bandar. Kata Along, Angah, Ateh, Alang, Kak Cik dan Adik mereka tidak dengar handphone berbunyi semasa ayah telepon untuk beritahu mak sakit tenat.

Mak faham, mata dan telinga anak-anak Mak adalah untuk orang lain bukan untuk Mak.

Hati anak-anak Mak bukan milik Mak lagi. Hanya hati Mak yang tidak pernah diberikan kepada sesiapa, hanya untuk anak-anak Mak..

Mak tidak sempat merasa diangkat di atas bahu anak-anak Mak. Hanya bahu ayah yang sempat mengangkat jenazah Mak dalam hujan renyai.

Ayah sedih sebab tiada lagi suara Mak yang akan menjawab soalan Ayah,

"Mana Along?" , "Mana Angah?", "Mana Ateh?", "Mana Alang?", "Mana Kak Cik?" atau "Mana Adik?". Hanya Mak saja yang rajin menjawab soalan ayah itu dan jawapan Mak memang tidak pernah silap. Mak sentiasa yakin dengan jawapannya sebab mak ambil tahu di mana anak-anaknya berada pada setiap waktu dan setiap ketika. Anak-anak Mak sentiasa di hati Mak tetapi hati anak-anak Mak ada orang lain yang mengisinya.

Ayah sedih. Di tepi kubur Mak, Ayah bermonolog sendiri, "Mulai hari ini tidak perlu bertanya lagi kepada Along, Angah, Ateh, Alang, Kak Cik dan Adik , "Mana mak?" "

Kereta merah Ateh bergerak perlahan membawa Ayah pulang. Along, Angah, Alang dan Adik mengikut dari belakang. Hati ayah hancur teringat hajat Mak untuk naik kereta merah Ateh tidak kesampaian. Ayah terbayang kata-kata Mak malam itu, "Cantiknya kereta Ateh, kan Bang? Besok-besok Ateh bawalah kita jalan-jalan kat Kuala Lumpur tu. Saya akan buat kueh koci buat bekal."

"Ayah, ayah....bangun." Suara Ateh memanggil ayah. Ayah pengsan sewaktu turun dari kereta Ateh..

Terketar-ketar ayah bersuara, "Mana Mak?"

Ayah tidak mampu berhenti menanya soalan itu. Sudah 10 tahun Mak pergi namun soalan "Mana Mak?" masih sering keluar dari mulut Ayah sehingga ke akhir usia.

Sebuah cerita pendek buat tatapan anak-anak. Kata orang hidup seorang ibu waktu muda dilambung resah, apabila tua dilambung rasa. Kata Rasulullah saw. ibu 3 kali lebih utama dari ayah. Bayangkanlah berapa kali ibu lebih utama dari isteri, pekerjaan dan anak-anak sebenarnya. Solat sunat pun Allah suruh berhenti apabila ibu memanggil. Berapa kerapkah kita membiarkan deringan telepon panggilan dari ibu tanpa berjawab?

Bulan dan Lingkaran

Tadi kuar jap..g tangkap gambar bulan..ramai orang cakap bulan malam ni cantik..tapi bila kameraman yang tak professional amik, cam ni la jadinyer..








Pencarian 50 blogger oleh Chegu Zubir



chegu-zubir

http://kisah-budak-nakal.blogspot.com

Ok..bila tengok banner ni, mesti rakan-rakan semua dah tau kan. Kalau tak tau lagi, cepat-cepat klik gambar kat atas tu.

Sebab blog B_N ni masih baru lagi, kene rajin la join benda-benda macam ni..Dan kepada rakan-rakan jangan la malu-malu nak singgah kat blog B_N ni..

Jangan malu atau segan untuk komen jugak yer..(hehe)..

Kalau taknak komen pun takpe..Rakan-rakan singgah blog ni pun B_N dah hargai sangat-sangat.

p/s: kalau nak tau dengan lebih lanjut, jangan segan untuk klik banner Chegu Zubir tu yer..hehe

Berkenalan, Bercinta, Zina, DOSA

Satu lagi pembacaan saya yang membuatkan saya tersentak. SMS ini memang
sengaja ditulis dengan penulisan seorang lelaki. Ceritanya
memperlihatkan bagaimana seorang muslimat di'rosak' dengan mudah hanya
dengan kata-kata manis! Wahai sahabat-sahabatku... Moga Allah peliharamu
daripada semua ini....

*****************************************************************

1.
salam. Blh sy kenal awk? Sy tertarik dgn prwatakan sopan awk. Dah lama
sy prhatikn awk. Awk dak baik n sy trtarik la dgn tudung labuh awk. Sy
harap kite bleh brkenalan.. ukhuwah fillah org kate..sy x terer sgt arab
ni…

2. Trima kasih krn mnerima sy. Sy akan try
sedaya upaya sy mnjaga awk dan mgikut syariat. Sy tau sy bukan baik
sgt, tp demi Allah, sy cuba buat yg trbaik utk awk…

3.
Ingat tau, jaga aurat leklok..jgn bagi org lain nmpk..kuar ngan kwn2
tau.. jgn sorg2..blk contact sy ek..sy doakan awk selalu..

4.
awak,nape x contact sy. Sy risau awk kuar lama2..ye..mmg sy xde hak
pun..sy tau sy percaye awk, tp sy x tau la nk kate cmne. Kite slalu nmpk
dari jauh je ek.Tp sy rasa awk mcm dkt je ngan sy. Mgkn ni org kate
cinta kot, wak..awk cinta sy x? xnk bgtau.. tp sy tau awk cinta sy..awk
da malu nk jln tmpt sy lepak sbb malukan?..kih3. .tq.. i love u too..

5. Wak,selain family, Allah dan rasulnyer.. awk sayang sape ek? Sape saya dlm hati awk?

6.
Wak wak..dr kawan kite just pggl sy awk je..mcm x special plk diri sy
utk awk. sy tringin gak nk jd cm room8 sy ni. Pggl syg.. bole ke? Awk
pggl sy bi ek? Rasa mcm baby sket. X salah kan.. just panggilan
je..thanks syg.. love u... ..

7. Yang. kekdang bi tgk
syg ni mcm x prcaya bi je. Yela, bi just tanya syg pkai apa je kan .. tq
ek gtau, mkin dalam pulak rindu kat syg ni... .hihihi..

8.
Yang bi nak syg tau, sayanglah segalanya utk bi, syg la pmberi semangat
utk bi... yang... ..bi harap bi ngan syg xde rahsia lagi ek.. jgn
risau..inikan membuktikan bi caring.. so jgn risau..k..yeye. . bi janji
kan jaga rahsia kite..just msg je kan..love u..papai.. mmuahh!

9. Syg..da lama kite msg, leh kite jumpe x? ye..ayang bwk la kawan2 k..tq yunk! i love u.... ..

10.
Tq pggl bi ngan pgglan abg.. abg tggu lame da..abg tau..kite x leh
pakse dlm hubungan..la iqra hafiddin..hehe. . sikit sikit je..kih3..

11. Hi syg, watpe 2? Nk ckp sket.. nape syg bwk satu battalion nak jumpa abg?... syg x caye kat abg eh.. huhu..

12.
Syg..kite jumpe k?..abg suka syg pakai tudung yg abg beli tu..cam
wardina lak..bkn syg x cntk.. just nmpk mkn cntk la..nipis sikit je..
nnt jumpa nnt syg bwk sorg dah la k..

13. Syg..abg sory
ngan apa jd td.. abg trsentuh jari syg td.. Tol gak ckp syg eh, trsentuh
xpe..TER.. hehe..makin tebal la pulak cinta abg kat syg..

14.
Thanks jumpa td, syg cntk la.. Ololo..abg romantik sket pun salah ke?
Ske abg romantik ek? Hehe.. Eh, td jumpa abg da berani tenung abg
ek..hoho.. tgk td kwn syg cam ske kat kwn abg je.. senang la kita jumpa
pasni.. tgk..Allah memberkati hubungan kite.. syg solat dah ke? Doakan
abg skali ek..miss u..

15. syg..just nk tanya.. syg
cinta bg berapa percent? Apa tandanya eh? 50% je... huhu..yang. . just
nk tanya..rambut syg panjang x? just thinking of u at the moment…

16.
Td terbeli tudung pendek.. yg abg bg kat syg tu.. syg..bg la gmbr syg
special untuk abg yg pakai tudung td 2.. Cntk nye syg..gambar ni nak wat
wallpaper hp ngan kompter abg la..

17. Yang.. syg
cintakan abg berapa percent? Sepenuh hati Thanks syg..love u too.. abg
janji, abg akan jaga syg baik2 dan xkan tinggalkan syg...

18. Syg..da lame kita couple kan.. xkan abg pegang tgn pun nak marah.. Syg kan milik abg.. Thank 4 being understanding. .

19. Syg kata Syg cintakan abg sepenuh hati.. kalu gitu..apa buktinya Syg cintakan abg..?

SELEPAS ITU BARU BERMULA ZINA YANG SEBENAR...

**************************************************************************

20. huh!... syg mengndung? tahu kat ne... cube check balik dgn doktor... xkan sekali buat dah mengandung, check balik k..

21. huh! btol la syg mengndung ni?? syg, utk kebaikan kita berdua, lebih baik syg gugurkan kandungan tu.. gugurkan k..

22. Nape plak xnak? xberdosa la klu bunuh benda yang masing xbernyawa.....gugurkan jelah!!! jgn buat masalah bleh x!!

23. xsakitlah!!! nape manje sangat ni! xkan bnda mudah cam tu pun xbleh buat..

24.
sori syg, abg xbleh temankan syg ke klinik tu, abg malu klu terserempak
dgn family or member, malu la abg klu diorg nmpak abg bwk syg dgn perut
syg yg besar tu..

25. Ape!! RM 5,000?? kau yg
mengandung... kau cari sendiri la duit nak gugurkan anak tu.. bukan
masalah aku.. lantak kau la... bukan masalah aku jgak keluarga kau pulau
kau.. kau tu yg bodoh!! kau ingat kau tu cantik sgt?? aku dah xingin
kat kau!! pergi mmpos!

26. jgn kol n msg lg bleh x?!.. aku sbuk.. xde masa nk layan kau!...

27.(terputus hubungan)

- wanita itu mati akibat kegagalan proses penguguran..
- si lelaki mencari mangsa baru..
- dan kejadian terus berulang..

ITULAH KEBANYAKAN YANG TERJADI DI DUNIA KITA INI...
masyaallah~
harap kita x tergolong dalam golongan ni...

#adakah kita pernah menggunakan ayat-ayat diatas mahupun,terjerumus dengan ayat2 manis diatas....
urmmm,renung-renungkan dan ambil iktibar....

Bijak Atau Sebaliknya??

Hari minggu ni kalau takde sebarang aktiviti memang membosankan. Macam B_N ari ni takde pegi mane-mane. Duduk terperap jer kat rumah. Nak rehatkan diri sebab minggu lepas sangat-sanagt sibuk dengan keje yang melambak. jadi untuk menghilangkan rasa boring ni, B_N nak kongsi satu cerita dengan rakan-rakan semua. Check this out...


Cuti semester bagi murid-murid sekolah bagi sebuah sekolah yang berada di luar Bandar telah tamat tempohnya. Sekumpulan murid-murid pintar dari kelas 3 Ceria dengan cerianya memulakan kelas pertama dengan Cikgu Fery.


Seperti kebiasaan pada awal kelas cikgu ingin menyematkan semangat belajar dalam diri pelajar dengan bertanyakan cita-cita mereka.


Satu persatu pelajar dengan bersemangat menjawab.


Farid : Saya ingin jadi Doktor.


Cikgu Fery : Bagus….nanti cikgu boleh dapatkan rawatan percuma.


Ikhwan : Saya ingin jadi petani moden.


Cikgu Fery : Lagi bagus….nanti hantarkan bekalan sayur percuma ke rumah cikgu.


Cikgguuuuu!!!.Sahut seorang murid bernama Sharil dari meja belakang…


Cikgu Fery : Yer saya….


Shahril : Cita-cita dorang tak mencabar la cikgu…cita-cita saya ingin pecahkan rekod dunia..saya ingin menjadi orang pertama menjejaki kaki ke planet matahari.


Semua murid tepuk tangan dan bersorak.


Cikgu Fery : Saya rasa cita-cita awk tu akan menyebabkan awak dapat menetapkan tarikh mati awak la….kan planet matahari tu panas... terbakar la kaki awak tu…tengok macam petang ni la, panaskan…tapi ni jaraknya masih jauh..


Semua pelajar tengok Sharil…


Shahril : Ala…cikgu ni… cikgu…ingat saya ni bodoh sangat ke, saya tahu la matahari tu panas…tapi saya bercadang nak pergi malam…malam kan sejuk..macam semalam sejuk je…..


Semua murid tepuk tangan dan bersorak.


p/s : Anak muda sekarang ni memag tak boleh diduga.

AYAH atau SYAITAN?

Ketika B_N sedang tengok post yang ada kat wall facebook, B-N mengucap panjang ketika melihat satu photo yang dipost oleh rakan B_N..Photo ni di print screen dari akhbar harian metro..B_N nak berkongsi dengan rakan-rakan semua kenapa B_N mengucap panjang..
+
+
+
+
+
+
+
+
+
+
+
+
+
+
+
+
+



Sekarang apa komen rakan-rakan semua..Layakkah manusia ini digelarkan sebagai seorang BAPA?..atau layakkah ia digelar SYAITAN..?

Tepuk dada rakan-rakan, tanya iman masing-masing..Mungkin HUDUD adalah penyelesaian..

Punca Hati Tidak Tenang

Ade sape2 rase tak tenang hari ni..Baca sini..di sini ade 9 sebab kenape hati manusia ni sntiasa rasa tak tenang..lepas bace sila komen yer..hehe..






1. PEMARAH........
Paling mudah dikesan atau dilihat dan paling banyak di dalam diri manusia. Orang seperti ini jarang mendapat kawan dan hati tentunya tidak terang..

2. PENDENDAM........
Tersembunyi ibarat mengumpul lahar di dalam dada. Orang seperti ini sentiasa mencari-cari peluang untuk membalas dendam hatta secara yang kecil-kecil sekalipun seperti sakitkan hati atau tempelak orang yang didendami itu. Sebab itu orang pendendam mudah kena sakit jantung.

3. HASAD DENGKI........
Amalanya hangus akibat hasad dengkinya itu kerana ia memiliki sifat ketuhanan.

4. BAKHIL........
Sentiasa merasakan orang lain menginginkan harta, kesenangan, pangkat dan lain-lain dari dirinya. Contohnya sentiasa berdalih mengatakan ia tiada duit. Allah lebih sayang orang yang fasiq tetapi pemurah tetapi benci orang yang abid tetapi bakhil. Kerana walaupun fasiq, pemurahnya itu tetap memberi manfaat pada orang lain kerana kadangkala rezeki itu Allah beri melalui makhluk.

5. TAMAK.......
Orang yang tidak puas dengan yang sedikit nescaya tidak akan puas dengan yang banyak kerana dunia ini ibarat meminum air laut, walau berapa banyak yang diminum tetap tidak habis juga (lagipun orang tamak selalu rugi). Ingat! Yang dikatakan harta atau rezeki kita bila ia dipakai atau digunakan oleh kita. Selagi tidak diguna iaitu disimpan, itu belum boleh dikatakan rezeki kita (mungkin ada hak orang lain di situ). Biarlah rezeki itu sedikit tetapi mendapat keberkatan iaitu dapat dimanfaatkan.

6. TIDAK SABAR.......
Andainya perkara yang kecil pun tidak boleh bersabar apatah lagi hal-hal yang lebih besar.

7. EGO.......
Ibu segala mazmummah jadi ia membuatkan seseorang paling tidak tenang. Orang yang memiliki sifat ini pantang tercabar dari sudut zahir mahupun batin. Pasal semua orang ada egonya sendiri, cuma tinggi atau rendah tahap keegoan tersebut.

8. RIAK......
Terseksa sendiri kerana sentiasa tercari-cari peluang untuk dipuji. Sentiasa berlakon-lakon di depan orang. Jika ia dipuji, ia akan menambah amalnya tetapi jika dikeji, ia akan mengurangkan amalnya. Allah marah kalau kita riak, takabbur dengan apar yang kita ada.

9. CINTA DUNIA......
Tidak dapat menderita, dapat pun menderita kerana bila sudah dapat susah pula menjaganya. Berhartalah, tidak mengapa tetapi kawal hati jangan diletakkan pada harta itu (bila mati cuma bawa amalan dan doa anak yang soleh atau solehah). Cinta dunia merupakan ‘neraka dunia’ kerana dunia itu ‘panas’ akibat ia merupakan barang buruan dan rebutan. Jadi letakkanlah akhirat itu di hati dan dunia itu di tangan supaya dunia itu senang dibahagi-bahagi dan akhirat dibawa mati.

7 Perkara Ganjil

Ok..Hari ni B_N nak kongsi satu cerita yang mungkin boleh jadi pengajaran buat kita semua..




Terdapat seorang pemuda yang kerjanya menggali kubur dan mencuri kain kafan untuk dijual. Pada suatu hari, pemuda tersebut berjumpa dengan seorang ahli ibadah untuk menyatakan kekesalannya dan keinginan untuk bertaubat kepada Allah s. w. t. Dia berkata, "Sepanjang aku menggali kubur untuk mencuri kain kafan, aku telah melihat 7 perkara ganjil yang menimpa mayat-mayat tersebut. Lantaran aku merasa sangat insaf atas perbuatanku yang sangat keji itu dan ingin sekali bertaubat."

" Golongan yang pertama, aku lihat mayat yang pada siang harinya menghadap kiblat. Tetapi pabila aku menggali semula kuburnya pada waktu malam, aku lihat wajahnya telahpun membelakangkan kiblat. Mengapa terjadi begitu, wahai tuan guru?" tanya pemuda itu. " Wahai anak muda, mereka itulah golongan yang telah mensyirikkan Allah s. w. t. sewaktu hidupnya. Lantaran Allah s. w. t. menghinakan mereka dengan memalingkan wajah mereka dari mengadap kiblat, bagi membezakan mereka daripada golongan muslim yang lain," jawab ahli ibadah tersebut.

Sambung pemuda itu lagi, " Golongan yang kedua, aku lihat wajah mereka sangat elok semasa mereka dimasukkan ke dalam liang lahad. Tatkala malam hari ketika aku menggali kubur mereka, ku lihat wajah mereka telahpun bertukar menjadi babi. Mengapa begitu halnya, wahai tuan guru?" Jawab ahli ibadah tersebut, " Wahai anak muda, mereka itulah golongan yang meremehkan dan meninggalkan solat sewaktu hidupnya. Sesungguhnya solat merupakan amalan yang pertama sekali dihisab. Jika sempurna solat, maka sempurnalah amalan-amalan kita yang lain,"

Pemuda itu menyambung lagi, " Wahai tuan guru, golongan yang ketiga yang aku lihat, pada waktu siang mayatnya kelihatan seperti biasa sahaja. Apabila aku menggali kuburnya pada waktu malam, ku lihat perutnya terlalu gelembung, keluar pula ulat yang terlalu banyak daripada perutnya itu." " Mereka itulah golongan yang gemar memakan harta yang haram, wahai anak muda," balas ahli ibadah itu lagi.

" Golongan keempat, ku lihat mayat yang jasadnya bertukar menjadi batu bulat yang hitam warnanya. Mengapa terjadi begitu, wahai tuan guru?" Jawab ahli ibadah itu, " Wahai pemuda, itulah golongan manusia yang derhaka kepada kedua ibu bapanya sewaktu hayatnya. Sesungguhnya Allah s. w. t. sama sekali tidak redha kepada manusia yang menderhakai ibu bapanya."

" Golongan kelima, ku lihat ada pula mayat yang kukunya amat panjang, hingga membelit-belit seluruh tubuhnya dan keluar segala isi dari tubuh badannya," sambung pemuda itu. " Anak muda, mereka itulah golongan yang gemar memutuskan silaturrahim. Semasa hidupnya mereka suka memulakan pertengkaran dan tidak bertegur sapa lebih daripada 3 hari. Bukankah Rasulullah s. a. w. pernah bersabda, bahawa sesiapa yang tidak bertegur sapa melebihi 3 hari bukanlah termasuk dalam golongan umat baginda," jelas ahli ibadah tersebut.

" Wahai guru, golongan yang keenam yang aku lihat, sewaktu siangnya lahadnya kering kontang. Tatkala malam ketika aku menggali semula kubur itu, ku lihat mayat tersebut terapung dan lahadnya dipenuhi air hitam yang amat busuk baunya," " Wahai pemuda, itulah golongan yang memakan harta riba sewaktu hayatnya," jawab ahli ibadah tadi.

" Wahai guru, golongan yang terakhir yang aku lihat, mayatnya sentiasa tersenyum dan berseri-seri pula wajahnya. Mengapa demikian halnya wahai tuan guru?" tanya pemuda itu lagi. Jawab ahli ibadah tersebut, " Wahai pemuda, mereka itulah golongan manusia yang berilmu. Dan mereka beramal pula dengan ilmunya sewaktu hayat mereka. Inilah golongan yang beroleh keredhaan dan kemuliaan di sisi Allah s. w. t. baik sewaktu hayatnya mahupun sesudah matinya."

Ingatlah, sesungguhnya daripada Allah s. w. t kita datang dan kepadaNya jualah kita akan kembali. Kita akan dipertanggungjawabkan atas setiap amal yang kita lakukan, hatta amalan sebesar zarah. Wallahua'lam..

Heliza Helmi Kena Hentam!

Mesti ada antara rakan bloggers da bca statement artis-artis pasal hukum HUDUD dalam paper ari ni kan..Antara artis yang ditanya ialah Ayu Raudah, Aliff Satar, Enot, Aziz Satar, Cat Faris dan tidak lupa jugak artis bertudung bermata bulat HELIZA HILMI..Namun jika dilihat kepada jawapan yang diberikan, rata-rata macam nak tolak hukum HUDUD ni..B_N sempat singgah ke fanpage facebook Heliza..memang dia kene hentam denga teruk skali..smpai dia terpaksa disable kn untuk pminat post kat wall page tu..ni antra print screen yang B_N sempat ambik...


ni B_N tunjuk sebahagian jer dari komen peminat-peminat Heliza sebelum ni..kalau rakan2 bloggers nk baca lebih lagi, sila ke fanpage Heliza ka SINI...

Kisah Syaitan Dan Manusia Yang Meninggalkan Solat

Meh sini....ari ni say nak kongsi satu cerita yang mungkin kita pernah dengar sebelum ni..Kisah ni melibatkan antara dua makhluk Allah iaitu MANUSIA dan SYAITAN..Jom sama-sama hayati kisah ni..Ambil iktibar daripada kisah ni..Check diz out...












Ada seorang manusia yang bertemu dengan syaitan di waktu subuh. Entah bagaimana awalnya, akhirnya mereka berdua sepakat mengikat tali persahabatan. Ketika waktu subuh berakhir dan orang itu tidak mengerjakan solat, maka syaitan pun sambil tersenyum berkata, "Orang ini memang layak menjadi sahabatku..!"

Begitu juga ketika waktu zohor orang ini tidak mengerjakan solat, syaitan tersenyum lebar sambil berkata, " Rupanya inilah bakal sahabat sejatiku di akhirat nanti..!"

Ketika waktu asar hampir habis tetapi sahabatnya itu dilihatnya masih juga terlalu asyik dengan kegiatannya, Syaitan mulai terdiam......

Kemudian ketika datang waktunya maghrib, sahabatnya itu ternyata tidak solat juga, maka syaitan nampak mulai gelisah, senyumnya sudah berubah menjadi kecut. Dari wajahnya nampak bahawa ia seolah-olah sedang mengingat-ingat sesuatu.

Dan akhirnya ketika dilihat sahabatnya itu tidak juga mengerjakan solat Isya, maka syaitan itu sangat panik. Ia rupanya tidak lagi dapat menahan diri, dihampirinya sahabatnya itu sambil berkata dengan penuh ketakutan, "Wahai sahabat, aku terpaksa memutuskan persahabatan kita !"

Dengan kehairanan manusia ini bertanya, "Kenapa engkau ingkar janji bukankah baru tadi pagi kita berjanji akan menjadi sahabat?". "Aku takut !", jawab syaitan dengan suara gemetar. "Nenek moyangku saja yang dulu hanya sekali membangkang pada perintah-Nya, iaitu ketika menolak disuruh sujud pada Adam, telah dilaknat-Nya; apalagi engkau yang hari ini saja kusaksikan telah lima kali membangkang untuk bersujud pada-Nya. Tidak terbayangkan olehku bagaimana besarnya murka Allah kepadamu !", kata syaitan sambil bergegas pergi..

Untuk Yang Baru Putus Cinta

Hah!! Mesti ade antara anda smua pnah putus cinta kn...kalau yg xpernah putus cinta 2 leh la try2 tnye mmber yg pnah ptus cinta..sakit woooo...

Jadi klau ade rakan2 yg bru jer putus cinta, msti rase kecewa giler kn..

Meh sini nk tnjukkan satu doa yg leh ilangkan kekecewaan kita..bukan guna mse putus cinta jer tau..


Setiap DOA akan dimakbulkan jika dibuat bersama dengan solat sunat 2 rakaat, sedekah Al Fatihah kepada Rasulullah SAW dan sahabat serta umat islam semua dan niat. InsyaAllah..Allah itu MAHA mendengar dan MAHA Pengasih pada hambaNya..AMIN.

Bangga La Sape Minat Kelantan FA~~







International Federation of Football History & Statistics (IFFHS) meletakkan Kelantan di ranking 317 dalam carta kelab seluruh dunia. Di ASEAN, Kelantan berada di kedudukan ke-7. Bermakna, secara statistik, sepanjang 12 bulan yang lalu, Kelantan merupakan pasukan ketujuh terbaik di Asia Tenggara. Tiada pasukan lain dalam Malaysia yang dapat memasuki carta ini (400 kelab terbaik di dunia)..Kredit to Kelantan The Red Warriors [2011]

UJIBAKAT RAJA LAWAK 6 KINI BERMULA!


Yeah! Audition Raja Lawak muncul lagi..Ok lau ade sape2 yang rasa lawak dia boleh gempakkan MALAYSIA sila la pergi uji bakat yerr...Mungkin pas ni ade antara rakan bloggers leh jadi juara Raja Lawak 6..hehe...



Rancangan realiti pencarian bakat komedi tersohor di Malaysia, Raja Lawak bakal menemui peminat setianya. Jika dahulu, Abdul Rahman Kassim atau MAN telah dinobatkan sebagai Juara Raja Lawak 5, siapakah yang bakal dinobatkan sebagai Juara Raja Lawak 6?
Ujibakat Raja Lawak 6 akan bermula pada 8 dan 9 Oktober 2011 di Godown Amphitheater, Kuching, Sarawak dan akan tamat pada 19 dan 20 November 2011 di Plaza Angsana, Johor Bahru. Kaunter pendaftaran bagi setiap sesi ujibakat dibuka dari jam 10.00 pagi hingga 3.00 petang dan para peserta digalakkan untuk hadir awal bagi mengelakkan kesesakan.
Apa tunggu lagi? Hadir ke lokasi yang telah dinyatakan untuk menyertai Raja Lawak Musim Ke-6! Anda mungkin juara baru yang kami nantikan!

Manusia Memang Zalim

Jangan menghampiri zina, kelak berlakulah kejadian seperti 


begini. Nyawa insan yg tak bersalah digadaikan demi menjaga 


maruah si pendosa. Nyawa insan tidak bersalah.





Apa perasaan si bayi dalam kandungan? Mesti kesedihan 



melihat si ibu sanggup melakukan apa saja demi menjaga 


maruah.

ALLAH Dalam KAABAH Ker?


Satu hari di majlis hi-tea Inter Faith Gathering di sebuah restoran mamak…… 

Missionary : Mengapa orang Islam, dia sembah kotak hitam ? 

Pendakwah : Salah tu bro. Umat Islam sembah ALLAH bukan kotak hitam. 

Missionary : Bukankah orang Islam sembah menghadap ke Kaabah, satu kotak berwarna hitam ? Apakah ALLAH itu dalam Kaabah ? 

Belum sempat pendakwah menjawab …. Handphone N95 missionary berbunyi ….. Missonary menjawab panggilan telefonnya …. Pendakwah sabar menanti ….. Setelah Missionary selesai menjawab panggilan di N95-nya, dia merenung kepada Pendakwah …. Pendakwah tersenyum …. 

Missionary : Mengapa tersenyum ? Bila awak hendak jawab soalan saya ? 

Pendakwah : Erm … perlukah saya menjawab soalan awak ? 

Missionary : Awak tak ada jawapan ? 

Pendakwah : Bukan itu maksud saya. Tadi saya cuba gunakan teori yang awak gunakan untuk membuat soalan yang awak ajukan kepada saya. Saya dapati awak kurang siuman. 

Missionary : Mengapa awak caka begitu ? 

Pendakwah : Tadi saya lihat awak bercakap seorang diri, ketawa dan tersenyum seorang diri. Dan awak mencium handphone tu sambil cakap “I love you mom” … 

Missionary : Saya bukan cakap seorang diri. Saya bercakap dengan emak saya. Dia yang telefon saya tadi. 

Pendakwah : Mana ada emak awak. Saya tak nampak pun emak awak. 

Missionary : Emak saya di Penang. Dia telefon saya, saya jawab gunakan telefon. Apa masalahnya ? (Nada suara Missionary semakin tinggi dan marah). Takkan itu pun awak tak boleh hendak fikir ? 

Pendakwah : Boleh saya tengok handphone awak ? 

Missionary menghulurkan N95nya kepada Pendakwah. Pendakwah mengambi N95 tersebut….. Pendakwah membelek-belek N95 tersebut …. Pendakwah menggooncang-goncang N95 tersebut sambil mengetuk-ngetuk N95 tersebut ke muka meja … Lantas …. Pendakwah menghempaskan sekuat hati N95 tersebut ke lantai ….. bersepaiiiiiiiiii ….. 

Merah padam muka Missionary menahan marah. 

Pendakwah merenung muka Missionary sambil tersenyum …. 

Pendakwah : Mana emak awak ? Saya tengok tak da pun. Saya pecahkan handphone ni pun tak da emak awak dalam handphone. 

Missionary : MENGAPA AWAK NI BODOH SANGAT ? Teknologi komunikasi sudah maju. Kita boleh berhubung jarak jauh menggunakan talian telefon dan teknologi wireless. Awak tak guna otakkah ? 

Pendakwah : Alhamdulillah (sambil tersenyum) …. Begitu juga halnya dengan ALLAH. Umat Islam menyembah menghadap Kaabah, bukan bermakna umat Islam menyembah Kaabah. Tetapi umat Islam menyembah atas arahan ALLAH. ALLAH mengarahkan umat Islam untuk sembahyang, kena menghadap Kaabah. Ini juga bukan bermakna ALLAH itu ada dalam Kaabah. 

Begitu juga dengan awak dan telefon. Emak awak menelefon awak menggunakan handphone Nokia N95, ini bukan bermakna emak awak ada dalam N95 tu. Tetapi Syarikat telekomunikasi menetapkan peraturan, kalau hendak cakap dengan emak melalui telefon kena dail nombor awak, barulah talian akan bersambung antara awak dan emak awak, dan awak boleh berbual melalui N95 walaupun emak awak tiada dalam handphone tu. 

Kemudian Pendakwah bangkit dari kerusinya, mengeluarkan wallet, dan menghulurkan RM 1500 kepada Missionary … Nah ini duit untuk awak beli N95 yang baru …. Pendakwah terus meninggalkan Missionary yang masih kelihatan confuse …. 



P/S: Mungkin dia bingung. Bingung kerana Islam mempunyai jawapan kepada segala persoalan berbanding agamanya ……

Perbezaan Ikan Keli Halal @ Haram

Mybe sebelum ni anda semua dah pernah baca @ terbaca mengenai maklumat ni..tapi tak salah sekiranya saya sekali lagi berkongsi artikel ni..bukan ape, sekadar untuk menyampaikan apa yang patut kita sampaikan..Rasulullah SAW juga pernah bersabda, "Sampaikanlah walau dengan sepotong ayat".




Haram (Ikan yang diternak orang bukan Melayu diberi makan perut ayam, bahan buangan, bangkai dan organ dalaman babi. Semua benda itu tidak halal untuk umat Islam)
· Kepala berbentuk 'V'
· Bentuk badan mirip torpedo
· Badan berwarna hitam berkilat
· Bahagian bawah badan berwarna putih melepak
· Bahagian antara bawah kepala dan badan berwarna kuning
· Apabila digoreng akan meletup kerana banyak lemak


Halal (diberi makan palet halal iaitu campuran beras hancur, tepung ikan, kepala ikan bilis, minyak sawit, bahan buangan kelapa sawit, kiambang dan vitamin)
· Kepala berbentuk 'U'
· Bentuk badan tirus
· Berwarna hitam kelabu dan tidak berkilat
· Bahagian bawah badan berwarna putih kelabu
· Tiada warna kuning kelihatan di bahagian antara bawah kepala dan badan
· Digoreng tidak meletup

Jadi info ini mungkin berguna sewaktu anda hendak membeli ikan keli dipasar.

Berhati-hati Dengan Penipuan Ayat Al-Quran

Pelbagai kes penipuan yang berlaku skang ni kan??? Kadang-kadang benda cam ni leh wat kita rasa takut jer...ni saya ambik dari wall facebook..penipuan tentang ayat-ayat Al-Quran..Jadi sama-sama la kita kongsi benda ni supaya kita tak tertipu..



PENTING ...tolong sebarkan. Moga Allah SWT akan membalas jasa baik anda.
Yang pasti............ ini bukan ayat al-Quran 

Semoga kita semua berhati-hati jangan sampai terbeli dan digantung di rumah kita. Sebarkan dan maklumkan kepada semua saudara-saudara kita. 

Tolong Baca.Jangan biarkan kita di perbodohkan oleh orang-orang KAFIR.

Perhatian kalau ternampak penghujungnya ditulis "Surah Injilu Matay" (Terus reject). 

Sila baca dan edarkan kepada sesiapa yang tiada blog melalui e-mail. Jika ada blog, copy dan paste ke blog anda. Itulah agenda Kristian, maka berhati-hatilah. 

Jangan terpedaya pada rupanya sahaja tetapi tengok dan selidiklah isinya juga. Tengok keseluruhan. Memang ianya nampak cantik sekiranya dibuat untuk menghiasi dinding rumah.

Sekali pandang macam ayat dan kalimah Al-Quran. Sebenarnya ayat dari kitab Bible.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...