Selesai Jua Akhirnya




Alhamdulillah, akhirnya semua tugasan untuk semester akhir ini telah pun selesai..

Hari ni jadi hari yang sibuk pula walaupun proses menaip dan menghantar tesis ke kedai untuk dijilid telah dilaksanakan lebih awal..

Tapi hari ni lain pula jadinya bila ada sedikit masalah berkaitan penghantaran tesis..Walau bagaimanapun semuanya berjalan dengan lancar..

Kawan-kawan semua macam mana? Hope sihat je la yer..

Rasa nyer hampir seminggu juga la B_N tak menjenguk blog ni..

Agaknya da banyak habuk kot kat blog ni..

Apa-apa pun B_N nak wish thank you la kat rakan-rakan yang still singgah blog ni walaupun takde entry terbaru..

Bila teringatkan blog ni jer, mesti B_N akan rindu kat Miera, sis92, Mak dan lain-lain yang sentiasa ada masa untuk singgah ke blog yang tak seberapa a.k.a picisan ni..

Sekarang ni B_N kene fokus untuk final exam pula..

Nasiblah untuk sem akhir ni, exam hanya satu paper jer..tu pun pada 7 Januari depan..

Hujung minggu ni InsyaAllah akan berangkat balik ke kampung halaman untuk menenangkan minda sempena minggu ulangkaji..

Hope rakan-rakan sentiasa mendoakan kejayaan B_N untuk exam ni nanti..

Sebagai hiburan untuk entri kali ni, moh kita sama-sama saksikan video ni..

#HANGAT
 




Sape2 rase nak domain percuma, boleh la klik sini!!!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...